Friday, October 4, 2013

Depa kata ini dia calon N20 Sg Limau dari BN & PAS..!!

oleh depakataV2

Photo: Dengaq kata Bekas Calon Guar Chempedak akan PAS JERAI pertaruhkan sebagai calon PAS Sg LImau...?? Amacam semua apa pandangan hangpa..?? 

Dengaq kata Bekas Calon Guar Chempedak akan PAS JERAI

pertaruhkan sebagai calon PAS Sg LImau...??


manakala BN pulak... mempertaruhkan...

Photo: Ini pula depakata wakil calon dari BN untuk dun Sg Limau.. Ketua UMNO Jerai sekarang ini iaitu Datuk Suhaimi Abdullah... ini sebagai memberi peluang kepada beliau yg telah memberikan jalan kepada JAMIL KHIR bertanding di Parlimen Jerai PRU13 tempohari...

calon dari BN untuk dun Sg Limau.. Ketua UMNO Jerai sekarang ini iaitu Datuk Suhaimi Abdullah... ini sebagai memberi peluang kepada beliau yg telah memberikan jalan kepada JAMIL KHIR bertanding di Parlimen Jerai PRU13 tempohari...


Wednesday, October 2, 2013

Calon MUDA OK... Calon RECYCLE KO..!!

oleh Anak Muda Guaq

Hangpa kenai dak lagi aku sapa.. nie dia ANAK MUDA GUAQ... jika hangpa nak tau.. dulu masa PRU13 aku tulis sikit pandangan ciri-ciri macamna nak angkat sapa jadi calon Guaq..... [BACA SINI]

Tujuan aku tulis pulak nie apabila dok dengaq kata ada nak penaik semula CALON RECYCLE... Orang dok habaq nie berdasarkan pemerhatian orang dok berkawan dan duduk dengan rakyat di bawah tak kira umno atau PAS... Jangan dok kira orang PAS saja suka akan calon kita tu..... kita kena kaji di setiap sudut... 

Nie mai PRK N20 Sg Limau aku dengaq nak penaik CALON RECYCLE...mesyuarat berbincang tanya pandangan dan pendapat pun tak dengaq bila tup tup ada keputusan.... jawab hangpa memang nak bagi macam tu laa DUN Sg Limau tu kat UMNO BN...untuk jadi 4-0...

Calon RECYCLE nie dikatakan yang dulu pernah bertanding PARLIMEN JERAI & DUN GUAR CHEMPEDAK... Jika 2 orang nie hangpa hangtaq nama pie ke pusat untuk PAS Pusat buat pilihan nampaknya kali ini pun kirim salam laa jika hangpa nak menang semula.

BN telah bersedia dengan calon yang berkaliber dan dengaq kata mereka akan pertaruhkan calon muda dan berkaliber dan yang pasti bukannya calon RECYCLE. Antara 3 nama yang disenarai pendek ialah seorang PENSYARAH, seorang BISNESMAN & seorang PESARA semua anak jati JERAI... dan dilihat ketiga-tiga nie calon BISNESMAN akan menepati pilihan dan beliau pun merupakan calon menunggu selepas calon PRU13 BN bagi DUN Sg Limau yang dahulu kalah keada Ust Azizan.

Jik calon RECYCLE nie dipertaruhkan nampaknya PAS KEDAH memang mencari nahas kerana mereka-mereka ini terbukti sudah ditolak akan kehadiran mereka di bumi Jerai ini terutama Sg Limau. Kita harus sedar pengundi Sg Limau merupakan pengundi adik beradik, anak saudara, pak menakan, mak menakan dan sepupu sepapat... faktor keluarga amak kuat disini... dan tidak mustahillah sewaktu PRU13 tempohari Ust Azizan bertembung dengan sepupunya sendiri.

Jadi jika boleh kita nak seorang calon yang track rekodnya disukai oleh semua golongan dan lapangan.. bukannya hanya orang PAS saja yang suka... tapi orang UMNO camna.. orang ATAS PAGAQ camna..?

Dan kita jangan lupa akan calon BEBAS yang bertembung dengan Ust Azizan disini.. iaitu LAH 46. Beliau merupakan proxy Hj Najib Pondok Pak Ya yang mana telah ada satu tembok pemisah yang telah lama terbina antara mereka dengan Ust Azizan merangkap juga PAS Jerai. Kempen mereka yang mereka jalankan masa PRU13 tempohari sedikit sebanyak telah mengakibatkan undi PAS beralih arah ke pada BN walaupun depa hilang deposit. Tak mustahil kali ini mereka akan bergerak semula untuk menyumbang sokongan kepada UMNO BN.

Jadi buatlah pilihan yang bijak... ramai lagi calon-calon muda yang bertokoh ada di Jerai nie... Ust Azizan telah pergi namun beliau pergi bukan meninggalkan macam itu sahaja... ramai pelapis yang ditinggalkannya.... Sdr Muzaini ada, Ust Muaz ada, Mizi Abi Ahmadi ada dan ramai lagi yang adanya.. jadi buatlah pilihan yang bijak...

Monday, July 1, 2013

Tu dia Depa Kata Geng Penerangan Kedah Punca PR Kalah..!!

lama tak update...terutama lepas kalah pru13... hari nie dok belek blok BN jumpa tajuk nie...depa dendiri yg kata jadi kami ambik bagi hangpa baca pulak... apa komen hangpa..???

PAS Kedah Patut Mengetahui Bahawa Kebodohan Zul Ya Punca PAS Kalah Teruk #HanyaDiKedah


Memang celaka sungguh la puak PAS Kedah pro Azizan Razak ni...  Kalau nak gaduh sesama sendiri pun gaduh la, jangan pulak dok salahkan UMNO dalam pergaduhan sesama sendiri hampa tu..

Ada ka patut dalam pergaduhan penyokong PAS pro YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan dengan penyokong PAS pro Ustaz Azizan.. Bekas Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah merangkap timbalan YDP PAS Alor Setar, Zulkifli Yahya (Zul Ya) menuduh penyokong PAS pro YB Nasir Muatafa , Ismail Junior yang sering menghentam orang kuat Ustaz Azizan Razak merupakan penyokong UMNO..


Kalau semua nak tahu... Ismail Junior yang di maksudkan Zul Ya sebagai orang UMNO tu adalah penyokong PAS Kuala Kedah .. Semua penyokong PAS Kuala Kedah mengetahui bahawa dia merupakan penyokong kuat YB Nasir Mustafa. Dia merupakan diantara jentera YB Nasir Mustafa ketika berkempen.


Memang sepatut la PAS Kedah kalah pun di Kedah pada PRU13 yang lalu. Salah satu sebab PAS Kedah kalah adalah menyimpan orang seperti Zul Ya ni dalam penerangan Kerajaan Negeri. Mangkaq macam Zul Ya ni mana tau nak buat kerja yang boleh membantu menaikan imej Kerajaan Negeri yang di tadbir PAS.. Apa yang dia tahu hanya nak menyalahkan UMNO/BN saja.

Lagi pun.. Zul Ya ni semasa menjadi orang kuat dalam penerangan kerajaan negeri suka sangat mengarah blogger yang di belanya menggunakan duit MBI membuat perkara yang bodoh sehingga boleh menjatuhkan maruah PAS selaku pentadbir negeri Kedah ketika itu. Segala propaganda isu yang di lakukan Zul Ya untuk menyerang BN Kedah memakan diri PAS kembali.

Terbaru.. Blogger yang pernah di bela Zul Ya membuat tindakan yang agak bodoh sehingga boleh mencalarkan imej PAS Kedah apabila membuat satu isu yang kononnya MB Kedah, Dato'Paduka Mukhriz Mahathir mengharamkan Kuliah Agama. Tapi ianya di sangkal sendiri oleh Dato Mufti Kedah.. Orang akan melihat ianya satu keburukan kepada PAS kerana ianya sudah terang-terang satu fitnah.

Selain itu contoh tindakan bodoh yang  pernah di lakukan Zul Ya adalah menyerang BN Kedah dengan menggunakan teknik pembongkaran 403 Juta penyelewengan yang Pisau Kedah lihat satu tindakan yang betul-betul bodoh kerana ia langsung tidak dapat di buktikan.

Terus terang la... Pisau Kedah dan geng TMK hanya tersenyum lebar apabila PAS menggunakan Bongkar 403 yang di ilhamkan  Zul Ya dan beberapa orang lagi pemimpin dalam PAS Kedah untuk menyerang BN Kedah

Sebagai pentadbir Kerajaan Negeri, PAS yang sebelum ini perlu la menunjukan sifat sebagai satu parti yang mentadbir Kerajaan Negeri dan bukannya menunjukan sikap sebagai satu parti Pembangkang di negeri Kedah dengan mendedahkan penyelewengan yang langsung tidak dapat di buktikan.

Ketika mengunakan pembongkaran 403 juta untuk menyerang BN Kedah.. Mereka terlupa bahawa isu kerugian pembalakan Papua New Guinea, permasalahan pembinaan KUIN yang tidak sempurna seperti yang dalam plan asal, permasalahan pembayaran gaji pada kakitangan KUIM, Pembalakan yang tidak mempunyai EIA, projek Kedah Agro yang tidak sempurna dan banyak lagi isu yang di bongkarkan pihak BN langsung tidak di pedulikan Zul Ya sebagai orang yang penting dalam penerangan untuk menangkis isu berkenaan.

Satu lagi tindakan yang paling bodoh Zul Ya adalah penghasilan buku '' Sayangi Kedah Sejahtera''  yang menerangkan tentang kejayaan sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah.. Pisau Kedah yakin pastinya segelintir penyokong PAS sendiri tidak sukakan isi kandungan buku berkenaan.

Ada ka patut di masukan kejayaan pembinaan 12 Masjid yang di bina sepanjang pentadbiran PAS di Kedah di dalam buku berkenaan.. Orang membaca buku tersebut pastinya akan melihat ianya satu pembohongan yang nyata.. Duit peruntukan dari kerajaan pusat tapi ianya di masukkan dalam buku kejayaan sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah.. Tak ke bodoh namanya tu !!!

Kerana kebodohan individu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri seperti Zul Ya... PAS Kedah berhadapan dengan kekalahan yang agak besar berbanding PAS di negeri lain pada PRU13 yang lalu..

Monday, April 29, 2013

Benarkah Jamil Khir mengguna jentera bantuan dari 'pusat' untuk berkempen di Jerai..???

Tu dia aihhh semakin panas nampaknya sekarang nie.. depa dok sembang macam-macam dengaq katanya kawan nie tokak kawan tu calon nie kibas calon tu ketua nie tak puas hati kat ketua tu...

Apa yang kami dapat lanie depa dok bercerita kata berkenaan calon Jerai yang jadi menteri tuu.. Jamil Khir... dia nie depa kata dok usung kenderaan rasmi dari JAKIM, JAWI & MAIWP untuk kempen politik beliau di Jerai. Beliau kan menteri agama dari jabatan Perdana Menteri..

Depa kata dia dah usung staff dari jabatan-jabatan agama nie lebih kurang dekat 80 orang yang kena mai berkubu dnegan dia di Jerai sana. Bila nak sembang bab duit pulak tok sah dok kira laa..dengan bujet RM70juta dari Najib turunkan untuk Kedah dan satu Parlimen dapat lebih kurang 6,7 juta berdasarkan keluasan Parlimen.. itu belum campoq lagi dengan duit dari Yayasan Taqwa untuk dana-dana beli buku-buku agama, risalah-risalah serta pemberian elaun khas untuk tok imam, tok siak, tok bilal serta AJK masjid yang terlibat.. untuk program jelajah pilihanraya dia di Jerai.


Kos yang depa dapat tak boleh dianggarkan banyak mana kerana duit bagi depa nie keluaq masuk macam ayaq mengaliaq.. nak bayar kos loyar masa dok hingaq kata dia makan duit zakat yang mana suruh Pej Jab Zakat MAIWP bayar kos guaman dia kes lawan dgn Anwar Ibrahim dulu.

Hangpa tunggu la rasanya macam-macam lagi depa nak bagitau nie..kami cuma habaq saja...jadi hangpa pandai-pandai la nak pilih sapa lepas nie...bukan apa takut salah pilih merana kita semua nanti....

Tuesday, April 23, 2013

Antara pil kuda dan ubat x'pired date... Siapa la yang jadi penasihat TG Hj Hadi nie...?

Oleh DepaKataV2.blogspot.com

Aduhai nasib nasib....nak kata banyak-banyak depa kata tak baik sebab dia tok guru....tapi jika tak kata depa dok kata kat kita..dok perli perli kita....

Inilah padahnya bila terlajak perahu boleh la jugak unduq..nie dah terlajak kata dah nie...kemudian dah dispin oleh musuh untuk pelaga sesama kita...

Kami nie dah lama dah dok nasihat pimpinan supaya jaga tutur kata jaga tingkah laku jaga perbuatan kita sebab ada musuh dok perhatikan pergerakan kita...

Dok tengok isu skrg nie janganlah jadi spt 2004 dahulu dimana isu ubat tamat tempoh muncul...kini timbul pulak isu pil kuda....

Jadi sekarang kot mana pon kami nak tegoq jugak... DALAM KEADAAN PERANG SEKARANG NIE CUBALAH YANG TERBAUK MENJAGA PERCAKAPAN KITA...

Kami di bawah letih nak berhujah untuk menepis isu yang timbul...pimpinan tolong ambik perhatian bab nie.... Kepada penasihat sekeling tu tolong la nasihat pimpinan kita elok elok supaya tidak terlajak perahu lagi....

Saturday, April 20, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Adakah UPU PAS juga akan ditutup macam bilik gerakan UMNO????

Depa kata kawasan panas sekarang nie bila MTD tak angkat calon yang dipilih atau diangkat oleh UPU.......

1) DUN ALOR MENGKUDU
UPU masih mengekalkan Dr.Ismail tetapi nama lain yg naik....

2) DUN GUAR CHEMPEDAK
UPU calonkan Sdr.Muzaini tapi nama Musodak Ahmad yg naik....

3) DUN BAYU
Tetiba naik nama Ust Taib Azzamudin... UPU masih dok tak ketahuan....

4) DUN JENERI
Cikgu Ya tarik diri dan naik nama bukan UPU pilih... Kita tunggu apa nak jadi...

5) DUN TOKAI
UPU dah tolak Taulan tapi nama tetap naik....

6) DUN AIR HITAM
UPU dah calon nama lain...tapi nama Ust Ghani naik juga...

Setakat hari ini....inilah info yg kami dapat..apa apa pon kita tunggu malam nie kita tengok siapa yg diangkat dan terangkat......