Monday, July 1, 2013

Tu dia Depa Kata Geng Penerangan Kedah Punca PR Kalah..!!

lama tak update...terutama lepas kalah pru13... hari nie dok belek blok BN jumpa tajuk nie...depa dendiri yg kata jadi kami ambik bagi hangpa baca pulak... apa komen hangpa..???

PAS Kedah Patut Mengetahui Bahawa Kebodohan Zul Ya Punca PAS Kalah Teruk #HanyaDiKedah


Memang celaka sungguh la puak PAS Kedah pro Azizan Razak ni...  Kalau nak gaduh sesama sendiri pun gaduh la, jangan pulak dok salahkan UMNO dalam pergaduhan sesama sendiri hampa tu..

Ada ka patut dalam pergaduhan penyokong PAS pro YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan dengan penyokong PAS pro Ustaz Azizan.. Bekas Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah merangkap timbalan YDP PAS Alor Setar, Zulkifli Yahya (Zul Ya) menuduh penyokong PAS pro YB Nasir Muatafa , Ismail Junior yang sering menghentam orang kuat Ustaz Azizan Razak merupakan penyokong UMNO..


Kalau semua nak tahu... Ismail Junior yang di maksudkan Zul Ya sebagai orang UMNO tu adalah penyokong PAS Kuala Kedah .. Semua penyokong PAS Kuala Kedah mengetahui bahawa dia merupakan penyokong kuat YB Nasir Mustafa. Dia merupakan diantara jentera YB Nasir Mustafa ketika berkempen.


Memang sepatut la PAS Kedah kalah pun di Kedah pada PRU13 yang lalu. Salah satu sebab PAS Kedah kalah adalah menyimpan orang seperti Zul Ya ni dalam penerangan Kerajaan Negeri. Mangkaq macam Zul Ya ni mana tau nak buat kerja yang boleh membantu menaikan imej Kerajaan Negeri yang di tadbir PAS.. Apa yang dia tahu hanya nak menyalahkan UMNO/BN saja.

Lagi pun.. Zul Ya ni semasa menjadi orang kuat dalam penerangan kerajaan negeri suka sangat mengarah blogger yang di belanya menggunakan duit MBI membuat perkara yang bodoh sehingga boleh menjatuhkan maruah PAS selaku pentadbir negeri Kedah ketika itu. Segala propaganda isu yang di lakukan Zul Ya untuk menyerang BN Kedah memakan diri PAS kembali.

Terbaru.. Blogger yang pernah di bela Zul Ya membuat tindakan yang agak bodoh sehingga boleh mencalarkan imej PAS Kedah apabila membuat satu isu yang kononnya MB Kedah, Dato'Paduka Mukhriz Mahathir mengharamkan Kuliah Agama. Tapi ianya di sangkal sendiri oleh Dato Mufti Kedah.. Orang akan melihat ianya satu keburukan kepada PAS kerana ianya sudah terang-terang satu fitnah.

Selain itu contoh tindakan bodoh yang  pernah di lakukan Zul Ya adalah menyerang BN Kedah dengan menggunakan teknik pembongkaran 403 Juta penyelewengan yang Pisau Kedah lihat satu tindakan yang betul-betul bodoh kerana ia langsung tidak dapat di buktikan.

Terus terang la... Pisau Kedah dan geng TMK hanya tersenyum lebar apabila PAS menggunakan Bongkar 403 yang di ilhamkan  Zul Ya dan beberapa orang lagi pemimpin dalam PAS Kedah untuk menyerang BN Kedah

Sebagai pentadbir Kerajaan Negeri, PAS yang sebelum ini perlu la menunjukan sifat sebagai satu parti yang mentadbir Kerajaan Negeri dan bukannya menunjukan sikap sebagai satu parti Pembangkang di negeri Kedah dengan mendedahkan penyelewengan yang langsung tidak dapat di buktikan.

Ketika mengunakan pembongkaran 403 juta untuk menyerang BN Kedah.. Mereka terlupa bahawa isu kerugian pembalakan Papua New Guinea, permasalahan pembinaan KUIN yang tidak sempurna seperti yang dalam plan asal, permasalahan pembayaran gaji pada kakitangan KUIM, Pembalakan yang tidak mempunyai EIA, projek Kedah Agro yang tidak sempurna dan banyak lagi isu yang di bongkarkan pihak BN langsung tidak di pedulikan Zul Ya sebagai orang yang penting dalam penerangan untuk menangkis isu berkenaan.

Satu lagi tindakan yang paling bodoh Zul Ya adalah penghasilan buku '' Sayangi Kedah Sejahtera''  yang menerangkan tentang kejayaan sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah.. Pisau Kedah yakin pastinya segelintir penyokong PAS sendiri tidak sukakan isi kandungan buku berkenaan.

Ada ka patut di masukan kejayaan pembinaan 12 Masjid yang di bina sepanjang pentadbiran PAS di Kedah di dalam buku berkenaan.. Orang membaca buku tersebut pastinya akan melihat ianya satu pembohongan yang nyata.. Duit peruntukan dari kerajaan pusat tapi ianya di masukkan dalam buku kejayaan sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah.. Tak ke bodoh namanya tu !!!

Kerana kebodohan individu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri seperti Zul Ya... PAS Kedah berhadapan dengan kekalahan yang agak besar berbanding PAS di negeri lain pada PRU13 yang lalu..