Wanita UMNO dah mula mengatal
Katanya Pergerakan Wanita akan menawarkan calun-calun yang 'winnable' sehinggakan Presiden UMNO DS Najib sendiri akan sukar untuk menolaknya kelak.
MR hanya faham wanita yang dimaksudkan Shahrizat itu pasti ada ummmph, bergetah, teliur dan menawan sehinggakan tidak dapat tidak DS Najib pasti akan berkenan.
Shahrizat agak terlalu awal untuk 'demand' kuota kepada wanita kerana kelak ia akan meletakkan harapan yang tinggi kepada ketua-ketua wanita bahagian. Dan jika tidak terpilih mereka akan merajuk satu kampong.
Kegatalan wanita untuk menjadi wakil rakyat membuatkan DS Najib sukar membuat pilihan kerana mereka telah dijanji oleh Shahrizat.
Di dalam situasi dalaman UMNO yang kucar-kacir ini Shahrizat tidak sepatutnya memberi tekanan kepada Presiden UMNO mereka seharusnya menumpukan kerja-kerja gerak tumpu di akar umbi.
Inilah yang dikatakan gatal terlalu awal.
No comments:
Post a Comment