Sunday, October 30, 2011

malaysia..aman..!!!

depa dok kata Malaysia Aman.. tapi bila kawan dok baca UTUSAN tengok macam ngeri jaaaa..

SUNGAI PETANI 29 Okt. - Seorang kerani wanita sebuah syarikat di Sungai Lalang hilang sejak 17 hari lalu selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.

BALING 29 Okt. - Seorang pengusaha kantin bimbang dengan keselamatan anak angkat perempuannya berusia 21 tahun yang hilang sejak lima hari lalu.

JOHOR BAHRU 29 Okt. - Bekas imam sebuah masjid di Kulaijaya yang menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan wang zakat fitrah, kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

RANTAU PANJANG 29 Okt. - Mangsa tembak kes tuntutan hutang, Mohd. Anuar Mohd. Noor, 31, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) Kota Bharu, awal pagi ini selepas lebih dua minggu bertarung nyawa.

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Dua peragut boleh diibarat menjerut leher sendiri apabila cuba mengeluarkan wang tunai menggunakan MyKad dan buku akaun mangsa yang diragutnya di sebuah bank di Kepong, iaitu tempat wanita itu bekerja semalam.

No comments:

Post a Comment