Friday, October 4, 2013

Depa kata ini dia calon N20 Sg Limau dari BN & PAS..!!

oleh depakataV2

Photo: Dengaq kata Bekas Calon Guar Chempedak akan PAS JERAI pertaruhkan sebagai calon PAS Sg LImau...?? Amacam semua apa pandangan hangpa..?? 

Dengaq kata Bekas Calon Guar Chempedak akan PAS JERAI

pertaruhkan sebagai calon PAS Sg LImau...??


manakala BN pulak... mempertaruhkan...

Photo: Ini pula depakata wakil calon dari BN untuk dun Sg Limau.. Ketua UMNO Jerai sekarang ini iaitu Datuk Suhaimi Abdullah... ini sebagai memberi peluang kepada beliau yg telah memberikan jalan kepada JAMIL KHIR bertanding di Parlimen Jerai PRU13 tempohari...

calon dari BN untuk dun Sg Limau.. Ketua UMNO Jerai sekarang ini iaitu Datuk Suhaimi Abdullah... ini sebagai memberi peluang kepada beliau yg telah memberikan jalan kepada JAMIL KHIR bertanding di Parlimen Jerai PRU13 tempohari...


Wednesday, October 2, 2013

Calon MUDA OK... Calon RECYCLE KO..!!

oleh Anak Muda Guaq

Hangpa kenai dak lagi aku sapa.. nie dia ANAK MUDA GUAQ... jika hangpa nak tau.. dulu masa PRU13 aku tulis sikit pandangan ciri-ciri macamna nak angkat sapa jadi calon Guaq..... [BACA SINI]

Tujuan aku tulis pulak nie apabila dok dengaq kata ada nak penaik semula CALON RECYCLE... Orang dok habaq nie berdasarkan pemerhatian orang dok berkawan dan duduk dengan rakyat di bawah tak kira umno atau PAS... Jangan dok kira orang PAS saja suka akan calon kita tu..... kita kena kaji di setiap sudut... 

Nie mai PRK N20 Sg Limau aku dengaq nak penaik CALON RECYCLE...mesyuarat berbincang tanya pandangan dan pendapat pun tak dengaq bila tup tup ada keputusan.... jawab hangpa memang nak bagi macam tu laa DUN Sg Limau tu kat UMNO BN...untuk jadi 4-0...

Calon RECYCLE nie dikatakan yang dulu pernah bertanding PARLIMEN JERAI & DUN GUAR CHEMPEDAK... Jika 2 orang nie hangpa hangtaq nama pie ke pusat untuk PAS Pusat buat pilihan nampaknya kali ini pun kirim salam laa jika hangpa nak menang semula.

BN telah bersedia dengan calon yang berkaliber dan dengaq kata mereka akan pertaruhkan calon muda dan berkaliber dan yang pasti bukannya calon RECYCLE. Antara 3 nama yang disenarai pendek ialah seorang PENSYARAH, seorang BISNESMAN & seorang PESARA semua anak jati JERAI... dan dilihat ketiga-tiga nie calon BISNESMAN akan menepati pilihan dan beliau pun merupakan calon menunggu selepas calon PRU13 BN bagi DUN Sg Limau yang dahulu kalah keada Ust Azizan.

Jik calon RECYCLE nie dipertaruhkan nampaknya PAS KEDAH memang mencari nahas kerana mereka-mereka ini terbukti sudah ditolak akan kehadiran mereka di bumi Jerai ini terutama Sg Limau. Kita harus sedar pengundi Sg Limau merupakan pengundi adik beradik, anak saudara, pak menakan, mak menakan dan sepupu sepapat... faktor keluarga amak kuat disini... dan tidak mustahillah sewaktu PRU13 tempohari Ust Azizan bertembung dengan sepupunya sendiri.

Jadi jika boleh kita nak seorang calon yang track rekodnya disukai oleh semua golongan dan lapangan.. bukannya hanya orang PAS saja yang suka... tapi orang UMNO camna.. orang ATAS PAGAQ camna..?

Dan kita jangan lupa akan calon BEBAS yang bertembung dengan Ust Azizan disini.. iaitu LAH 46. Beliau merupakan proxy Hj Najib Pondok Pak Ya yang mana telah ada satu tembok pemisah yang telah lama terbina antara mereka dengan Ust Azizan merangkap juga PAS Jerai. Kempen mereka yang mereka jalankan masa PRU13 tempohari sedikit sebanyak telah mengakibatkan undi PAS beralih arah ke pada BN walaupun depa hilang deposit. Tak mustahil kali ini mereka akan bergerak semula untuk menyumbang sokongan kepada UMNO BN.

Jadi buatlah pilihan yang bijak... ramai lagi calon-calon muda yang bertokoh ada di Jerai nie... Ust Azizan telah pergi namun beliau pergi bukan meninggalkan macam itu sahaja... ramai pelapis yang ditinggalkannya.... Sdr Muzaini ada, Ust Muaz ada, Mizi Abi Ahmadi ada dan ramai lagi yang adanya.. jadi buatlah pilihan yang bijak...

Monday, July 1, 2013

Tu dia Depa Kata Geng Penerangan Kedah Punca PR Kalah..!!

lama tak update...terutama lepas kalah pru13... hari nie dok belek blok BN jumpa tajuk nie...depa dendiri yg kata jadi kami ambik bagi hangpa baca pulak... apa komen hangpa..???

PAS Kedah Patut Mengetahui Bahawa Kebodohan Zul Ya Punca PAS Kalah Teruk #HanyaDiKedah


Memang celaka sungguh la puak PAS Kedah pro Azizan Razak ni...  Kalau nak gaduh sesama sendiri pun gaduh la, jangan pulak dok salahkan UMNO dalam pergaduhan sesama sendiri hampa tu..

Ada ka patut dalam pergaduhan penyokong PAS pro YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan dengan penyokong PAS pro Ustaz Azizan.. Bekas Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah merangkap timbalan YDP PAS Alor Setar, Zulkifli Yahya (Zul Ya) menuduh penyokong PAS pro YB Nasir Muatafa , Ismail Junior yang sering menghentam orang kuat Ustaz Azizan Razak merupakan penyokong UMNO..


Kalau semua nak tahu... Ismail Junior yang di maksudkan Zul Ya sebagai orang UMNO tu adalah penyokong PAS Kuala Kedah .. Semua penyokong PAS Kuala Kedah mengetahui bahawa dia merupakan penyokong kuat YB Nasir Mustafa. Dia merupakan diantara jentera YB Nasir Mustafa ketika berkempen.


Memang sepatut la PAS Kedah kalah pun di Kedah pada PRU13 yang lalu. Salah satu sebab PAS Kedah kalah adalah menyimpan orang seperti Zul Ya ni dalam penerangan Kerajaan Negeri. Mangkaq macam Zul Ya ni mana tau nak buat kerja yang boleh membantu menaikan imej Kerajaan Negeri yang di tadbir PAS.. Apa yang dia tahu hanya nak menyalahkan UMNO/BN saja.

Lagi pun.. Zul Ya ni semasa menjadi orang kuat dalam penerangan kerajaan negeri suka sangat mengarah blogger yang di belanya menggunakan duit MBI membuat perkara yang bodoh sehingga boleh menjatuhkan maruah PAS selaku pentadbir negeri Kedah ketika itu. Segala propaganda isu yang di lakukan Zul Ya untuk menyerang BN Kedah memakan diri PAS kembali.

Terbaru.. Blogger yang pernah di bela Zul Ya membuat tindakan yang agak bodoh sehingga boleh mencalarkan imej PAS Kedah apabila membuat satu isu yang kononnya MB Kedah, Dato'Paduka Mukhriz Mahathir mengharamkan Kuliah Agama. Tapi ianya di sangkal sendiri oleh Dato Mufti Kedah.. Orang akan melihat ianya satu keburukan kepada PAS kerana ianya sudah terang-terang satu fitnah.

Selain itu contoh tindakan bodoh yang  pernah di lakukan Zul Ya adalah menyerang BN Kedah dengan menggunakan teknik pembongkaran 403 Juta penyelewengan yang Pisau Kedah lihat satu tindakan yang betul-betul bodoh kerana ia langsung tidak dapat di buktikan.

Terus terang la... Pisau Kedah dan geng TMK hanya tersenyum lebar apabila PAS menggunakan Bongkar 403 yang di ilhamkan  Zul Ya dan beberapa orang lagi pemimpin dalam PAS Kedah untuk menyerang BN Kedah

Sebagai pentadbir Kerajaan Negeri, PAS yang sebelum ini perlu la menunjukan sifat sebagai satu parti yang mentadbir Kerajaan Negeri dan bukannya menunjukan sikap sebagai satu parti Pembangkang di negeri Kedah dengan mendedahkan penyelewengan yang langsung tidak dapat di buktikan.

Ketika mengunakan pembongkaran 403 juta untuk menyerang BN Kedah.. Mereka terlupa bahawa isu kerugian pembalakan Papua New Guinea, permasalahan pembinaan KUIN yang tidak sempurna seperti yang dalam plan asal, permasalahan pembayaran gaji pada kakitangan KUIM, Pembalakan yang tidak mempunyai EIA, projek Kedah Agro yang tidak sempurna dan banyak lagi isu yang di bongkarkan pihak BN langsung tidak di pedulikan Zul Ya sebagai orang yang penting dalam penerangan untuk menangkis isu berkenaan.

Satu lagi tindakan yang paling bodoh Zul Ya adalah penghasilan buku '' Sayangi Kedah Sejahtera''  yang menerangkan tentang kejayaan sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah.. Pisau Kedah yakin pastinya segelintir penyokong PAS sendiri tidak sukakan isi kandungan buku berkenaan.

Ada ka patut di masukan kejayaan pembinaan 12 Masjid yang di bina sepanjang pentadbiran PAS di Kedah di dalam buku berkenaan.. Orang membaca buku tersebut pastinya akan melihat ianya satu pembohongan yang nyata.. Duit peruntukan dari kerajaan pusat tapi ianya di masukkan dalam buku kejayaan sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah.. Tak ke bodoh namanya tu !!!

Kerana kebodohan individu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri seperti Zul Ya... PAS Kedah berhadapan dengan kekalahan yang agak besar berbanding PAS di negeri lain pada PRU13 yang lalu..

Monday, April 29, 2013

Benarkah Jamil Khir mengguna jentera bantuan dari 'pusat' untuk berkempen di Jerai..???

Tu dia aihhh semakin panas nampaknya sekarang nie.. depa dok sembang macam-macam dengaq katanya kawan nie tokak kawan tu calon nie kibas calon tu ketua nie tak puas hati kat ketua tu...

Apa yang kami dapat lanie depa dok bercerita kata berkenaan calon Jerai yang jadi menteri tuu.. Jamil Khir... dia nie depa kata dok usung kenderaan rasmi dari JAKIM, JAWI & MAIWP untuk kempen politik beliau di Jerai. Beliau kan menteri agama dari jabatan Perdana Menteri..

Depa kata dia dah usung staff dari jabatan-jabatan agama nie lebih kurang dekat 80 orang yang kena mai berkubu dnegan dia di Jerai sana. Bila nak sembang bab duit pulak tok sah dok kira laa..dengan bujet RM70juta dari Najib turunkan untuk Kedah dan satu Parlimen dapat lebih kurang 6,7 juta berdasarkan keluasan Parlimen.. itu belum campoq lagi dengan duit dari Yayasan Taqwa untuk dana-dana beli buku-buku agama, risalah-risalah serta pemberian elaun khas untuk tok imam, tok siak, tok bilal serta AJK masjid yang terlibat.. untuk program jelajah pilihanraya dia di Jerai.


Kos yang depa dapat tak boleh dianggarkan banyak mana kerana duit bagi depa nie keluaq masuk macam ayaq mengaliaq.. nak bayar kos loyar masa dok hingaq kata dia makan duit zakat yang mana suruh Pej Jab Zakat MAIWP bayar kos guaman dia kes lawan dgn Anwar Ibrahim dulu.

Hangpa tunggu la rasanya macam-macam lagi depa nak bagitau nie..kami cuma habaq saja...jadi hangpa pandai-pandai la nak pilih sapa lepas nie...bukan apa takut salah pilih merana kita semua nanti....

Tuesday, April 23, 2013

Antara pil kuda dan ubat x'pired date... Siapa la yang jadi penasihat TG Hj Hadi nie...?

Oleh DepaKataV2.blogspot.com

Aduhai nasib nasib....nak kata banyak-banyak depa kata tak baik sebab dia tok guru....tapi jika tak kata depa dok kata kat kita..dok perli perli kita....

Inilah padahnya bila terlajak perahu boleh la jugak unduq..nie dah terlajak kata dah nie...kemudian dah dispin oleh musuh untuk pelaga sesama kita...

Kami nie dah lama dah dok nasihat pimpinan supaya jaga tutur kata jaga tingkah laku jaga perbuatan kita sebab ada musuh dok perhatikan pergerakan kita...

Dok tengok isu skrg nie janganlah jadi spt 2004 dahulu dimana isu ubat tamat tempoh muncul...kini timbul pulak isu pil kuda....

Jadi sekarang kot mana pon kami nak tegoq jugak... DALAM KEADAAN PERANG SEKARANG NIE CUBALAH YANG TERBAUK MENJAGA PERCAKAPAN KITA...

Kami di bawah letih nak berhujah untuk menepis isu yang timbul...pimpinan tolong ambik perhatian bab nie.... Kepada penasihat sekeling tu tolong la nasihat pimpinan kita elok elok supaya tidak terlajak perahu lagi....

Saturday, April 20, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Adakah UPU PAS juga akan ditutup macam bilik gerakan UMNO????

Depa kata kawasan panas sekarang nie bila MTD tak angkat calon yang dipilih atau diangkat oleh UPU.......

1) DUN ALOR MENGKUDU
UPU masih mengekalkan Dr.Ismail tetapi nama lain yg naik....

2) DUN GUAR CHEMPEDAK
UPU calonkan Sdr.Muzaini tapi nama Musodak Ahmad yg naik....

3) DUN BAYU
Tetiba naik nama Ust Taib Azzamudin... UPU masih dok tak ketahuan....

4) DUN JENERI
Cikgu Ya tarik diri dan naik nama bukan UPU pilih... Kita tunggu apa nak jadi...

5) DUN TOKAI
UPU dah tolak Taulan tapi nama tetap naik....

6) DUN AIR HITAM
UPU dah calon nama lain...tapi nama Ust Ghani naik juga...

Setakat hari ini....inilah info yg kami dapat..apa apa pon kita tunggu malam nie kita tengok siapa yg diangkat dan terangkat......

Tuesday, April 16, 2013

Depa kata ada kawasan DUN PAS yang panas bab calon dan boleh tumbang...!

Semalam kami turun makan kenduri di Aloq Mengkudu sana... Bila masuk kawasan yang dok kata Bekas YB lama tak tercalon maka kita pun cuba la try sembang dengan orang-orang kuat kot tuuuu....

Dari apa yang depa habaq lanie gerak kerja kawasan Aloq Mengkudu dah jadi ceroi...semua nie punca sebab dengaq kata Dr.Ismail tak lekat semula jadi calon...punca tak lekat depa tak kesah tapi depa dok pikiaq untuk pertahankan kemenangan kerana kawasan ini masih lagi bercampur adur pemikiran pengundinya....

Masih banyak lagi undi diberikan kepada Dr.Ismail atas dasar perhubungan kemanusian yang telah lama dibina atas nama doktor dan pesakit....ini yg masih menebal dalam pengundi dikawasan ini.....

Bila dok sembang tu try tanya camna gerak kerja upu situ..depa kata lanie masih banyak yang tak buka sebab masih dok makan hati akan perkara ini....

Masuk kawasan dun lain yang dok keluaq masa sembang tu ialah Ayaq Hitam & Guar Chempedak.... Dikawasan ini tak mustahil boleh tumbang jugak....

Dan kawasan yang dok jadi nie dengaq kata ada masalah calon dimana ada tangan ajaib sedang dok mencorakkannya.. Depa nie ibarat piak yang dok main chess dan menyusun tentera tentera perang mereka tanpa mempedulikan pandangan tentera dibawah....

Jadi pakat pakat pikiaq bg elok laa no....

Monday, April 15, 2013

Kedah - Senarai Calon Parlimen pulak...!

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

Ini dia.. Senarai nama untuk parlimen yang depa dok kata sekarang nie...
P 004 - Langkawi - TBC (KEADILAN)
P 005 - Jerlun - TBC (PAS)
P 006 - Kubang Pasu - TBC (PAS)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - Chegu Uda (PAS - penyandang)
P 014 - Merbok – Nor Azrina Surip@Nurin Aina (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Saturday, April 13, 2013

Betulkah PAS Kedah & Kelantan ada TANGAN AJAIB mengatur calon..????

Oleh Depakata

Dari apa yang depa dok kata mampos lagu nie jika dok tengoknya.. dari maklumat yang diperolehi dua negeri ini sedang PANAS dengan kelaku TANGAN-TANGAN AJAIB sedang berlaku...

Jika macam nielah kelaku PAS tak mustahil ALLAH akan tarik semula kemenangan yang telah dianugerahkan.... Jangan ingat kami tak tau kelaku hangpa... dalam ramai-ramai kerja buat hangpa tu ada lagi yang masih sayang dan kasih kepada parti serta menolak kelaku kelaku huduh nie... merakalah yang dak habaq mai kat kami....

Kami nak ambik KEDAH sebab dok tengok ada beberapa kawasan yang cempera berlaku...dimana yang panasnya ada pihak tak ambik keputusan UNDI UPU untuk diangkat calon dan diganti dengan calon pilihan mereka... dan calon pilihan tersebut merupakan suku sakat mereka sendiri...

Contoh paling ketara di di ALOR MENGKUDU & GUAR CHEMPEDAK... dari maklumat kami dapat di Alor Mengkudu Dr Ismail dah terpelanting kali ini... beliau dah tak lekat dah jadi calon.. sedangkan UPU angkat nama beliau untuk kekal berdasarkan performence kerja buat dia serta penerimaan orang UMNO sendiri kepada beliau.. namun beliau dan terpelanting.... Berdasarkan dari kajian dan makluman Jika naik yang lain maka undi UMNO tu kompom dah lari dah dan orang kita yang merajuk lipat bendera itu pun akan hilang jugak....

Begitu juga di GUAR CHEMPEDAK dimana calon pilihan ialah AHLI MAJLIS MPSP iaitu saudara Muzaini Azizan namun yang naiknya MUSODAQ adik  Nakhaie Ahmad... ini pun pilihan akar umbi berdasarkan kerja buat beliau semasa menjadi AHLI MAJLIS dahulu yang mana sudah rapat dengan rakyat disekeliling... tapi bila nama adik Nakhaie naik kerja buat orang bawah kena mula dari zero semula....

Untuk makluman dua-dua DUN nie merupakan DUN boleh menang tapi jika masih wujud kelaku tak elok nie tidak mustahil dua-dua DUN nie boleh jatuh ketangan UMNO BN.

Masalah paling besaq dengan apa yang berlaku sekarang nie tidak ada mesyuarat yang dilakukan baik dengan UPU atau MTD atau PERHUBUNGAN NEGERI.. main ikut suka kepala hangpa saja nak susun calon.... Ingat buat mesyuarat buat catitan minit mesyuarat elok-elok siapa pilih siapa siapa nak angkat siapa...dah dekat dengan penamaan calon dha nie tapi jika dok main kelaku huduh nie mau lingkop parti... biaqlah yang lingkop hangpa sahja kami rakyat nak kemenangan yang hakiki...

Jadi jika ada tangan-tangan ajaib nie baiklah hangpa hentikan dan kembalilah kepada susur jalur urusan pemilihan calon yang telah lama kita pakai dan guna dahulu... kembalilah kepada rakyat dibawah mereka nak angkat siapa sebab yang nak undi mereka.... .jadi fikirkanlah elok-elok.... sebelum nasik jatuh dalam keleboq..!!!

Wednesday, April 10, 2013

Pesanan Untuk Calon PR yang nak masuk Wisma Negeri & Putrajaya

Assalamualaikum,

Nampaknya gendang perang sudah dibunyikan.. Jadi berjuanglah pejuang pejuang semua... Mengkala dianugerahkan kemenangan maka disini kami ingin memberikan teguran sebagai panduan untuk semua CALON PR...

Depa dok kata ada juga satu dua kelaku yang ditengok tak berapa baguih jadi itu yang kami tegoq nie..

ANTARA SEBAB DIA.....

1) Jangan dok berebut jawatan
~ sebab dok tengok kereta pon dah makin besaq

2) Jangan dok kalut pelari harta
~ sebab dok tengok dua tiga orang yang lompat katak sangkut bila sprm masuk mai..

3) Jangan dok kalut kumpul harta
~ ada seorang dua yang gula ligan projek.. Bila tak dapat mula buat kelaku...

4) Jangan dok kira nak tambah bini
~ ada adun kat kedah nie bini pun dah mula tambah.. Jangan guna nama yb untuk buat benda nie..jika kawin buat kenduri ok jgk.. Nie bantai senyap senyap sampai yang tua pon tak tau...

5) Jangan dok penyegan turun kawasan
~ ada yang dapat komplain jarang nampak di kawasan

6) Jangan dok sombong dengan rakyat bawahan
~ muka mau senyum dan kerenyeh selalu

7) Jangan dok janji kosong dengan rakyat
~ ingat apa kita kata najib...janji dicapati..jadi jangan suk berjanji yang pelik sebab rakyat nie dia tak lupa..

Ingat semua nie adalah kelaku huduh yg dilakukan oleh UMNO BN... Jadi jika hangpa berkelakuan macam nie kira hangpa pun 2x5...

Tinggaikan semua diatas nie dan bawa masuk kelaku sebagai pejuang PAS & PR....

Pastikan bila masuk wisma negeri dan putrajaya jangan turut sama sekali ikut kelaku umno bn itu.....buang sahaja keluar tingkap.....

PENGUNDI PRU13
TELOI KANAN...

Tuesday, April 9, 2013

Depakata Dr.Ismail digugurkan sebagai calon...!

Oleh Bang Mat Kola

Terkejut aku baca depakata hari nie bab senarai calon dun di kedah... Bukan apa calon pilihan kami dan warga upu di Alor Mengkudu nie dikatakan tak lekat sebagai calon.

Pada aku amatlah malang jika Dr Ismail digugurkan... Selain beliau menjadi pilihan rangking pertama dgn 14/2 ia juga merupakan Timb PJ2 PAS Kedah yang tak lekat calon.

Teori atau konspirasi apakan sedang di mainkan untuk membuang beliau dari kawasan Alur Mengkudu ini.. Adakah kerana beliau melawan Azizan tapi kenapa Phahrolrazi masih ada.. Nak kata antara mereka dua Phahrol lagi teruk dikatakan lawan Azizan sampai ada kes culik menculik...

Jadi masa sekarang kami relax dulu tunggu keputusan pengumuman yang sebenarnya siapa calon tapi jika benar beliau tak ada amat malanglah sekali lagi aakan percaturan ini....

Kedah - Senarai Calon Parlimen pulak...!

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

Ini dia.. Senarai nama untuk parlimen yang depa dok kata sekarang nie...
P 004 - Langkawi - TBC (KEADILAN)
P 005 - Jerlun - TBC (PAS)
P 006 - Kubang Pasu - TBC (PAS)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - Chegu Uda (PAS - penyandang)
P 014 - Merbok – Nor Azrina Surip@Nurin Aina (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Monday, April 8, 2013

PANAS : Senarai nama calon PAS yang TERKINI selepas Azizan jumpa Hadi..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix0fvJEFMUek3C6MdDHgmbEDxd9ZnSEtOdYpDYLtBCkfSe05h2IZGSknN0BHXGYWIXJVNyXZJLE9rXWvYsPTdhti_kumd6_Fp69yoyeKHPtfvl4-a-YpmEDtnFIRV0F_3xJzdHXWOXN78/s400/Kerajaan-PAS-Kedah.jpg
Nie dia senarai terkini calon PAS yang depa dok kata semakin panas di perkatakan di kawasan DUN masing-masing... ada yang terima ada yang dah nak tutup bilik upu ada dah yang bebai..dan ada yang suka...

Senarai ini keluar selepas DS Azizan jumpa Presiden yang mai Kedah baru-baru nie... Jadi hangpa nak pakai ka tak terpulang sebab senarai nama nie hanya yang depa dok kata saja betoi atau dah belum 100% lagi...

  1. Sg Limau - Azizan Razak
  2. Guar Chempedak - Musoddak Ahmad
  3. Belantik - Md Isa Shafie
  4. Jeneri - Yahaya Abdullah
  5. Pkln Kundor - Phahrolrazi Zawawi
  6. Kbg Rotan - Nasir Mustafa
  7. Anak Bukit - Amiruddin Hamzah
  8. Ayer Itam - Abd Ghani Ahmad
  9. Bukit Pinang - Mahfuz Omar
  10. Bukit Lada - Ahmad Izzat Shauki
  11. Tokai - Taulan Rasul
  12. Sg Tiang - Mohd Hayati Othman
  13. Alor Mengkudu - Ahmad Yahaya
  14. Tg Dawai - Hamdan Khaleb
  15. Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh
  16. Kuala Ketil - Md Zuki
  17. Kupang - Johari Abdullah
  18. Bayu - Rosli Azmi
  19. Merbau Pulas - Aishah Ghazali
  20. Bandar Bharu - Hassan Razak
  21. Kota Siputeh - Cikgu Azhar
  22. Kuala Nerang - Ust Azam

Amacam ada harapan nak pertahan Bukit Uhud kah..???

Nie dok tengah cari yang Parlimen pulak nie...!!

Sunday, April 7, 2013

Fwd: Dun Guar Chempedak - Mudah-mudahan Nakhaie Ahmad sekadar membuat propaganda untuk bagi PAS kucar-kacir..??

oleh AMG - Anak Muda Guar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLppOH0UmtZPoDsDG3HBHB_UPuXpF6Wi7RpI89FU93D_V0aqHPz5ijkYzcYJGJV_PxK63aVXQfB-B3KmgW7Bjan0mEJFAZAtON5cm953aede5diLHfVZQ3GzRBnObmV7JKpl4TbEqT7Z8/s1600/0fd49edcdc5a2b7caa8f553008dbd0d5.jpg

Azizan Razak - Pesuruhanjaya PAS Kedan & MB Kedah

JERAI.. merupakan kawasan tumpuan sampai ke Putrajaya. Disini dikatakan bahawa SENATOR JAMIL KHIR akan membuat pertaruhan nyawa politik beliau ke Putrajaya. Pertembungan beliau dengan Ketua Bahagian Jerai juga panas dikatakan.

Kiri - Jamil | Kanan Firdaus jaafar

JERAI..juga ada kawasan MB Kedah bertanding iaitu Sg Limau. Disini juga menjadi kerusi panas sebab macam-macam perkara berlaku yang memanaskan politik Kedah.

Kami disini ingin berkongsi cerita bab PR sebab nak sembang bab BN biarlah mereka sendiri yang menyembangnya. Untuk makluman JERAI di menangi PARLIMEN oleh Ust Firdaus (PAS) manakala DUN Sg Limau ialah Ust Azizan. Dua lagi kerusi DUN di menangi oleh oleh BN iaitu GURUN oleh Dr Leong (MCA) dan GUAR CHEMPEDAK oleh Ku Rahman (UMNO).

Cuba lihat PAS menang di sini ibarat 2 sama iaitu 1 Parlimen 1 Dun... BN pula 2 Dun... 

Untuk musim PRU13 nie Parlimen JERAI berkemungkinan PAS akan dapat 3-1 iaitu JERAI, Sg Limau, Guar Chempedak berkemungkinan menang dan Gurun pun jika kena pada calonnya boleh menang sebab Dun Gurun sekarang nie ada 4 penjuru iaitu MCA, PKR, BERJASA & KITA.

Faktor kemenangan 3-1 atau 4-0 ini adalah berdasarkan kepada calon yang bertanding. Jika PAS kena pada orangnya tak mustahil kemenangan akan menjelma di depan mata. Sewaktu pemilihan calon dilakukan oleh PAS Kawasan nampaknya calon-calon yang dipilih adalah pilihan semua UPU dari kawasan. Calon tersebut ialah PARLIMEN Ust Firdaus Jaafar manakala DUN ialah Guar Chempedak Sdr Muzaini Azizan dan Sg Limau ialah MB Sendiri. Nama tiga yang diangkat ini adalah suara yang datang dari akar umbi kawasan JERAI.

Berita Harian

Jika di lihat atas kertas 3-0 sudah dalam tangan namun apabila membaca kenyataan NAKHAIE AHMAD abang kepada NAJMI AHMAD yang menjadi calon BALING dimana adiknya beliau iaitu Musodak Ahmad menjadi calon Guar Chempedak kami merasakan beliau bukanlah calon pilihan Guar Chempedak jika di bandingkan dengan Sdr Muzaini Azizan. 

Ini gambar diambil dari fb Muzaini.

Beliau banyak menghabiskan masa di Wisma Darulaman sana untuk bertugas sebagai Pengarah Penyiaran Negeri dan jika dilihat dikawasan Guar Chempedak Sdr Muzaini lebih lama menghabiskan masa di kawasan disebabkan beliau menjadi AHLI MAJLIS MPSP dan Pegawai KHAS MB bagi kawasan Jerai. Sudah banyak program-program beliau turun bersama rakyat di bawah dan boleh dikatakan sudah ramai penduduk mengenali beliau. Dengan keterlibatan beliau bersama masyarakat di bawah sebab itulah beliau di angkat oleh kawasan untuk menjadi calon Dun Guar Chempedak.

Disini kami berharap apa yang dikatakan oleh Nakhaie itu tidak benar dan sebagai perang saraf sahaja untuk melihat kawasan Jerai kucar kacir dan memberi kemenangan mudah kepada BN. 

Kiri - Muzaini | Kanan - Musodaq

Matlamat sekarang calon yang diangkat adalah calon yang boleh menang dan sudah ada hubungan dengan rakyat di bawah dan jika benar Sdr Musodak di pilih nampaknya potensi Ku Rahman hendak mengekalkan kemenangan kembali cerah atas faktor calon bersama rakyat.

Jadi diharap PAS Jerai pandai-pandailah membuat keputusan untuk melihat kemenangan berganda dari PRU12 dahulu. Insya'allah kami di bawah akan memberikan 100% sokongan w/pun tidak kira siapa yang diangkat namun harus di ingat faktor calon juga memainkan peranannya.


Saturday, April 6, 2013

Antara Senarai calon PAS KEDAH..!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjupptSLcJysNx5a7qrJv2QuAxrQjaYCzqQMg9SDGd50iC7ybRNn996eBkBe4_BzyYZVqPttr9Kp4O8uRL3XdTMuARXXKZcA6N1sdAWYWeK3VeRRQv_FLMW7_3s-7tFyOVFuBJ_ZtxgE8A/s1600/paskedah.jpg

Nie dia depakata dok kata inilah antara nama nama yang dipilih akan dijadikan calon DUN PAS KEDAH. namun semua nie tak 100% betoi..sekadar depa kata..jadi layan.......

1- Tokai - Dr Hayati
2- Sg Tiang - Fadhil Baharom
3- Guar Chempedak - Muzaini Azizan
4- Sg Limau - DS Azizan Razak
5- Anak Bukit - Datuk Amiruddin
6- Bukit Pinang - Datuk Mahfuz
7- Belantik - Ust Bakalani
8- Jeneri - Zul Hazmi
9- Tg Dawai - Ust Fakrudin
10- Kuala Nerang - Ust Azam
11-Bayu - Rosli Azmi

Yang lain dengaq kata masih sama..apa apa pun kita tunggu apa depa kata lagik...

Tuesday, April 2, 2013

Depa kata PEMIMPIN & AJK PAS PUSAT pemalas dan bongkak..!!

memang betoi apa yang sahabat kata nie... kami lihat beliau saban hari saban malam dipenuhi xtvt bersama BAS JELAJAH MERDEKA nya.... namun sebaliknya berlaku dengan treler milik PAS...

TETAPI bila dilihat semasa muktamar dan beberapa statement pimpinan sebelum nie sebok mempertikai ANWAR hendak dilantik sebagai PM... tak seperti DAP yang awal-awal lagi buat statement sokong ANWAR jadi PM....

Ukur kaki dengan kasut yang di beli laaa....jika beli selipar pakai la selipar..jangan dok mimpi nak pakai kasut kulit....

Wednesday, March 27, 2013

Apa akan jadi jika cerita PORT DICKSON didedahkan..???



Apa akan jadi sekiranya DS Anwar Ibrahim dan sahabat2 PKR yang lain mendedahkan kelakuan buruk PIMPINAN-PIMPINAN UMNO sewaktu mereka tidur sebantal dahulu... seperti apa yang dinyatakan oleh YB Saifudin Nasution berkenaan tunggang ayaq setan nie...

Mana tahu jika diceritakan bab PORT DICKSON kaa... bab TUNGGANG ARAK kaa.. bab LAYAN JUDI... bab BAWA LARI ISTERI ORANG kaa.. mana tau boleh sensasi macam VIDEO SEX tuuu...
Bila kena atas kepala sendiri pula baru ada akai kot...

p/s - namun jika ikut hati tak payah lah kot...kita berpolitik seperti ini... biar mereka sahajalah kot..!!


Saturday, March 23, 2013

Jika pakat tak puas hati...lepas nie UMNO jaga negeri.. PR jaga Putrajaya..baru puas hati..!!!

hangpa dengaq apa depa dok kata nie...

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQpAffWjWxYJqAzL-maIChIZbstVpozt7CaPVth2T_N-kk8xv17hA

saya sokong dan istiqomah dengan perjuangan... malas nak berkira sangat consider level tegar la... tapi senario grass root di kedah ni harap pucuk pimpinan kena teliti bebaik... minta maaf kepada semua, kalau kali ini aku buat undi protes KAT KEDAH... PARLIMEN untuk PR, DUN untuk UMNO... REALITINYA awal pentadbiran penuh harapan...ditengah- tengah dah jadi UMNO... PENYUDAH SAMPAI SEKARANG HILANG IDENTITI PAS PUN TIDAK..UMNO PUN TIDAK... KALAU NAK BUAT PERANGAI MACAM UMNO, AWAL2 DECLARE TAK LA AKU AKTIVIS KAT BAWAH NI BUANG MASA, BUANG DUIT BACK UP UPU, AKU NI DOK PARLIMEN SIK, DUN JENERI.. PI KAT BALING PUN BUNYI X PUAS HATI KAT MB, PI KOLA KEDAH PUN PAKAT X PUAS HATI MB, PI S.P PUN SAMA X PUAS HATI... KALAU PAKAT X PUAS HATI KITA BAGI KAT UMNO JAGA NEGERI... PR JAGA FEDERAL... BARU PUAS HATI...

Thursday, March 21, 2013

Nie dia antara geng yang dok bangkang Azizan di Kedah

Apa yang depa nie dok marah sangat dengan Azizan nie.. mai kita tengok apa depa kata...!!



Wednesday, March 20, 2013

Kicap CAP KIPAS UDANG.. Dulu Kini...mungkin Selamanya..!!!!

Ini salah agen pembekal kicap kipas udang - anwar ibrahim..

Perang dingin antara kem Sg Limau & Pengkalan Kundur sudah masuk tahap culik menculik dah...!!


http://media1-cdn.malaysiakini.com/447/1220ab10ffbb337333f46259f843ccd0.jpg

depa kata lanie perang dingin antara kem Sg Limau & Pengkalan Kundur sudah masuk tahap culik menculik dah....tak kegila nak pie ceramah kawasan Sg Limau boleh orang pie culik tak bagi ceramah...takut apa dia tak tau....mai hari nie ULAMAK KEDAH pula buat kenyataan supaya Azizan diganti dengan orang yang lebih sihat untuk memimpin PAS Kedah hadapi PRU13...

namun mai petang Presiden PAS telah buat kenyataan AZIZAN tetap meminpin PAS Kedah.....depa dok heran skrg nie Presiden tak dengaq kata ahli di kwsn nak dengaq sapa lagi...jika macam nie punya kelaku azizan dengan phahrol nie baik drop aja masa pru13 nie dua2 org dah buat semak dalam negeri kedah...asyik nak bertokak sahaja dua org tu...org hang org aku semua 2x5....sampai terkini jadi kes kidnap menginap....apakejadahnya sampai jadi macam tuu..jika nak buat kerja cara islam dia takan jadi sampai macam tuu...jangan ingat org tak tau apa berlaku dalam pas kedah..zaman skrg bukan zaman dulu....

zaman skrg zaman fb, ipad dan android.. sudah laa kami letih dengan kelaku hangpa...kami terok buat kerja hangpa kira susun kroni hangpa nak pejatuh satu sama lain...azizan pun serupa....phahrol pun serupa....nak bagi suasana reda balik sekarang nie.... tak payah dok tukaq lokasi calon DUN...maintain sahaja dun lama lepas tu pakat2 buat kerja di kwsn maisng2...Jangan dok pedeje adun yg dok pulun buat kerja kwsn tu lalu hgpa tukaq dia dgn calon kroni hgpa...tak kenaya kawan tu.... calon tu cuci kaki tangan masuk bertanding..baguih laa tuu...

hg pula azizan bukan nak kata laa dari dulu sampai skrg kami tak berkenan kelaku hg...sebab hg jarang nak pakai pandangan orang..awat PAS nie hak milik peribadi hang kaa..buatlah keputusan secara berjemaah....yg dok pakai kepala otak hg sorang tu buat apa...nama saja mesyuarat exco..yg hang main lempaq file tu buat apa...satu lagi dok tengok hg cuma hadir ceramah yg big event saja...yg ceramah kawasan luaq hg bukan pernah turun pun..dulu masa tak menang sana sini hg turun ceramah bila jadi mb hg dah mula buat alasan sebok....pierahhh tg nik aziz merata dia pusing satu malaysia lagi....kedah saja berapa kali dia turun setahun tapi hang cuba semak balik berapa kali hg turun pie bagi semangat kat negeri lain... punca semua nie memang betoi spt dewan Ulamak kata hang nie dah tahap kronik dah bab nie hg sedaq sendiri laa kesihatan hg dok tang mana....tak payah nak tunjuk kuat sangat nanti rebah naya jaa....

hang pulak pharol tak payah dok pulon sangat la jawatan MB tu rezeki hang dah terlepas dah nama hang dah busuk dah satu Kedah depa dok pedejei hang... lanie hg angkat kaki la lagi baguih...nak up balik pon hg nak lawan tang mana ...nama hg Azizan dah lempaq pie Parlimen Jerlun... nie semua kes nak sembelih hang saja...hang nak lawan pun hang bukan ada kuasa apa dah....tapi dok risau nanti JERLUN terlepas PENGKALAN KUNDOR terlepas baru ada akai semua.... hang satu lagi suka guna media spt SINAR nak bercakap antara satu sama hangpa... boring la bila dok baca hal rumah tangga nie dalam surat habar...cover2 lah sikit belajaq dari orang azizan depa pejatuh hang macamana....takan benda nie pun nak kena ajaq....

Sudah laa dua-dua kami tak mau dah jika dok buat kelaku macam nie...tak mustahil seperti depa dok sembang... Jika macam nie punya kelaku KEDAH boleh kat BN tapi PUTRAJAYA kita tawan.... punggahhhhhhhhhh..!!!

Saturday, March 2, 2013

Siapa Untung jika Ir Phahrolrozi di tendang ke "PUSAT"

oleh DepaKataV2

Kami sebenarnya ingat nak tutup buku dah bab nak sembang kedohok nie tetapi memandangkan Sehari dua nie nampaknya PAS KEDAH kembali berbunyi suam-suam kuku... antara 2 pihak utama iaitu team Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Ust Azizan Abd Razak.

Ini berpunca dari ada orang kata ura-ura sedang dilakukan operasi mencantas-mencantas untuk beri musuh sesama sendiri tidak ada dalam barisan DUN KEDAH. Cerita pertama didengar ialah ada kemungkinan Phahrolrazi akan di bawa ke PARLIMEN JERLUN dan DUN Pengkalan Kundur akan di beri muka baru.
Dari maklumat yang kami dapat budaya cantas mencantas ini memang wujud dan ada beberapa think tank yang terlibat... Berkenaan hujah hendak mengangkat Phahrolrazi ke Pusat itu bab kedua... tetapi yang pasti proses menyahkan Phahrolrazi sedang berlaku.

Dari maklumat orang dalam ada orang besar yang sedang jaga bukit Uhud sedang melobi PAS PUSAT untuk menerima cadangan senarai nama yang baru dihantar semula awal bulan lepas. Jika perkara ini benar-benar berlaku maka team mana yang akan berpuas hati sebab telah berjaya menghilangkan musuh mereka....
Oleh itu di mintak semua kembali bermuhasabah diri dan jika tak mahu ada perpecahan maka kembalikanlah nama senarai calon seperti PRU12 dan seperti yang telah di hantar sebelum ini bukannya seperti senarai nama yang baru....dan hentikanlah dok pergi lobi di PAS PUSAT kerana orang tahu kerja buat anda.....

Lihatlah luahan seorang anakmuda 
dalam youtube berkenaan hal ini...

Saturday, January 5, 2013

Di sebalik kisah penyelesaian SURAU SALIHIAH......


TU DIAH BUKAN MAIN SEMANGAT DOK BANTAH..!!!

Lama kami tak menulis kat blog nie..mai hari nie kami nak bebel pasai mangkok kat SUARAU SALIHIAH....

Puak nie kerja bangkang tak tengok bumi dah...hari tu bukan main semangat kata akan pertahankan sampai titisan darah terakhir tapak surau tuuuu... bila orang dok cerita pasai ISTIBDAL haram depa tak pakai aihhh depa dok BANTAH situ laaa....


HE HE HE BANTAH SURAU TU KA BANTAH TAKAFUL IKHLAS..!!!


YANG SYOKNYA SAMPAI MAT BASHAH PON DOK TUMPANG TOI BANTAH SEKALI

Datuk Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pun tumpang juga BANTAH...

Sebenaqnya keputusan win-win yg depa setuju tempohari tu ialah keputusan yang dah dok cerita awai lagi... orang habaq kata surau tu dapat pampasan 1.4juta dan akan dipindahkan ke kawasan yg ada makmun lagi ramai dan jika boleh nak upgrade jadi masjid lagi....


SAMPAI TOK MUFTI YANG BUAT KEPUTUSAN PUN PUAK HANGPA DOK HINA CAMTU JAA..

Tapi jenis bangkang tak ketahuan biji nie..maka beginilah jadinya sampai SULTAN aka YDP AGUNG kena masuk campoq... itu la bila orang ajak berbincang dan bagi cadangan tak mau dengaq dan pakai...dok kira nak bantah jaaa... last awat hangpa boleh dengaq pulak kata TUANKU sedangkan sebelum nie pon yang hangpa dok LAWAN tu pun keputusan MAJLIS FATWA & MAJLIS AGAMA tu bawah TUANKU laaa..

Mai hari nie nak tunjuk BAGUIH kata dengaq NASIHAT TUANKU..... nah sekarang HAKIKATNYA bantahan hangpa tu ibarat COKLAT ANGIN jaa....HANGPA KALAH sebab surau itu BERJAYA di robohkan.... itulah hakikat sebenaqnya.....

Akhir walaupun 30thn terpaksa menunggu untuk dilihat PROJEK GAJAH PUTIH yang tak berupaya di selesaikan sewaktu UMNO MEMERINTAH kini akhir akan berdiri megah satu mercu tanda bari di bandar ALOR SETAQ...






Thursday, January 3, 2013

Aduhai SIAPA laaa nak mengaku dia BERAK tepi JALAN...

Standart laa....ada ka sapa nak mengaku...

  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

  • Saifuddin Nasution Ismail

    PETALING JAYA - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang mengadakan mesyuarat pertama mereka tahun ini mempertikaikan garis panduan yang dikenakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas badan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).





I'm Back...

2013-logo

BERPERANG DARI LUAR DAN DALAM

WALAUBAGAIMANAPUN

MISSI UTAMA