Sunday, April 7, 2013

Fwd: Dun Guar Chempedak - Mudah-mudahan Nakhaie Ahmad sekadar membuat propaganda untuk bagi PAS kucar-kacir..??

oleh AMG - Anak Muda Guar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLppOH0UmtZPoDsDG3HBHB_UPuXpF6Wi7RpI89FU93D_V0aqHPz5ijkYzcYJGJV_PxK63aVXQfB-B3KmgW7Bjan0mEJFAZAtON5cm953aede5diLHfVZQ3GzRBnObmV7JKpl4TbEqT7Z8/s1600/0fd49edcdc5a2b7caa8f553008dbd0d5.jpg

Azizan Razak - Pesuruhanjaya PAS Kedan & MB Kedah

JERAI.. merupakan kawasan tumpuan sampai ke Putrajaya. Disini dikatakan bahawa SENATOR JAMIL KHIR akan membuat pertaruhan nyawa politik beliau ke Putrajaya. Pertembungan beliau dengan Ketua Bahagian Jerai juga panas dikatakan.

Kiri - Jamil | Kanan Firdaus jaafar

JERAI..juga ada kawasan MB Kedah bertanding iaitu Sg Limau. Disini juga menjadi kerusi panas sebab macam-macam perkara berlaku yang memanaskan politik Kedah.

Kami disini ingin berkongsi cerita bab PR sebab nak sembang bab BN biarlah mereka sendiri yang menyembangnya. Untuk makluman JERAI di menangi PARLIMEN oleh Ust Firdaus (PAS) manakala DUN Sg Limau ialah Ust Azizan. Dua lagi kerusi DUN di menangi oleh oleh BN iaitu GURUN oleh Dr Leong (MCA) dan GUAR CHEMPEDAK oleh Ku Rahman (UMNO).

Cuba lihat PAS menang di sini ibarat 2 sama iaitu 1 Parlimen 1 Dun... BN pula 2 Dun... 

Untuk musim PRU13 nie Parlimen JERAI berkemungkinan PAS akan dapat 3-1 iaitu JERAI, Sg Limau, Guar Chempedak berkemungkinan menang dan Gurun pun jika kena pada calonnya boleh menang sebab Dun Gurun sekarang nie ada 4 penjuru iaitu MCA, PKR, BERJASA & KITA.

Faktor kemenangan 3-1 atau 4-0 ini adalah berdasarkan kepada calon yang bertanding. Jika PAS kena pada orangnya tak mustahil kemenangan akan menjelma di depan mata. Sewaktu pemilihan calon dilakukan oleh PAS Kawasan nampaknya calon-calon yang dipilih adalah pilihan semua UPU dari kawasan. Calon tersebut ialah PARLIMEN Ust Firdaus Jaafar manakala DUN ialah Guar Chempedak Sdr Muzaini Azizan dan Sg Limau ialah MB Sendiri. Nama tiga yang diangkat ini adalah suara yang datang dari akar umbi kawasan JERAI.

Berita Harian

Jika di lihat atas kertas 3-0 sudah dalam tangan namun apabila membaca kenyataan NAKHAIE AHMAD abang kepada NAJMI AHMAD yang menjadi calon BALING dimana adiknya beliau iaitu Musodak Ahmad menjadi calon Guar Chempedak kami merasakan beliau bukanlah calon pilihan Guar Chempedak jika di bandingkan dengan Sdr Muzaini Azizan. 

Ini gambar diambil dari fb Muzaini.

Beliau banyak menghabiskan masa di Wisma Darulaman sana untuk bertugas sebagai Pengarah Penyiaran Negeri dan jika dilihat dikawasan Guar Chempedak Sdr Muzaini lebih lama menghabiskan masa di kawasan disebabkan beliau menjadi AHLI MAJLIS MPSP dan Pegawai KHAS MB bagi kawasan Jerai. Sudah banyak program-program beliau turun bersama rakyat di bawah dan boleh dikatakan sudah ramai penduduk mengenali beliau. Dengan keterlibatan beliau bersama masyarakat di bawah sebab itulah beliau di angkat oleh kawasan untuk menjadi calon Dun Guar Chempedak.

Disini kami berharap apa yang dikatakan oleh Nakhaie itu tidak benar dan sebagai perang saraf sahaja untuk melihat kawasan Jerai kucar kacir dan memberi kemenangan mudah kepada BN. 

Kiri - Muzaini | Kanan - Musodaq

Matlamat sekarang calon yang diangkat adalah calon yang boleh menang dan sudah ada hubungan dengan rakyat di bawah dan jika benar Sdr Musodak di pilih nampaknya potensi Ku Rahman hendak mengekalkan kemenangan kembali cerah atas faktor calon bersama rakyat.

Jadi diharap PAS Jerai pandai-pandailah membuat keputusan untuk melihat kemenangan berganda dari PRU12 dahulu. Insya'allah kami di bawah akan memberikan 100% sokongan w/pun tidak kira siapa yang diangkat namun harus di ingat faktor calon juga memainkan peranannya.


No comments:

Post a Comment