Wednesday, September 12, 2012

Calon PAS Kedah.. Segak di luat nak melingkop di dalam...

Oleh depakata.co.co

Masa balik raya tempohari waktu pie makan kenduri kat rumah pak menakan di jitra depa dok kata bahawa ada orang dok susun macam main chess setiap calon di Kedah. Nie calon PAS saja tak masuk PKR & DAP...

Depakata puak yang dok buat dia ada kabel besaq dengan orang atas. Dulu pada tahun 2008 bab calon tak ada dok pikiaq orang hang orang aku punmain lawan saja namun mai tahun 2012 dia dah jadi lain... Mungkinlah ini dikatakan ujian kemenangan....

Puak-puak nie dengaq kata bukan main semangat dok susun calon depa sampai sanggup membelakangkan mesyuarat PAS kawasan memilih calon mereka sampai sanggup turun kesetiap cawangan berjumpa ketuanya untuk ambik tanda tangan kata depa tak setuju denga calon kawasan pilih...

Ini belum lagi menolak sana menarik sini calon yang mereka suka....semua ini bila berlaku akan mengakibatkan ketidak puasan permainan ini dimainkan...

Pokok Sena
Dengaq kata ahli Parlimen dia akan di tolak ke dun sbg persediaan menjadi MB. walaupun kawasan masih mengekalkan beliau sbg calon Parlimen. Beliau akan di bawa bertanding di Alor Mengkudu dan calon dun yang lama akan di tolak ke bakar bata.

Baling
Ust Taib akan diturun manakala calon import akan digantikan iaitu ahli Parlimen Jerai Ust Firdaus. Setakat ini apa masalah beliau dengan MB pun kita tak tahu mungkin ada sikit tak puas hati

Jerai
Bila Ust Firdaus diterbangkan ke Baling depa nak bawa Timb Presiden mai Jerai. Benda nie juga sebenarnya tak tau pasaipa..depa kata sbgai nak halang Mat Sabu turun bertanding di Pendang.

Pendang
Walaupun mesyuarat kawasan dah tetap siapa calon...tapi mai puak nie duk ubah susun pula maka haru biru jadi dia... Bila Kawasan Pendang dah sebulat suara nak bagi seat Parlimen kat Bang Mat dan Dr Hayati akan di bawa ke dun Tokai sebab Taulan dah nak rest.. Jd depa nie dok olah nak bagi jadi kot lain dengan nak bawa Ketua Pemuda mai Tokai... Hayati maintain.. Mat Sabu tendang pie Jerai

Kuala Kedah
Bila Mahfuz nak dibawa pie Alor Mengkudu maka Dr Ismail nak ditendang pie Bakar Bata.. Anak Bukit dan Pengkalan Kundur tak usik..

Ini antara kawasan depa dok sembang laa... Cuba tengok bila benda nie berlaku ia akan mengakibatkan timbul ketidak kepuasan hati di setiap kawasan terlibat dan kita tak tahu apa akan berlaku.

Yang takutnya berlaku seperti mana berlaku kepada Umno pada  2008 yg lepas disebabkan KJ dok susun masuk orang dia jadi calon... Mai mengundi lingkop habih rakyat dan ahli boikot... Itu yang boleh tertiarap beberapa negeri tu..

Sekarang nie takut akan jadi macam tu laa bila mana kawasan dah tetapkan siapa jadi calon dan dah buat kerja dah lama dah dalam parti dengan turun ke masyarakat bawah sampai kira dah sebati dah antara masyarakat dan pemimpin tup tup mai hari penamaan calon naik orang lain...

Kita berdoalah semoga orang kita tak jadi macam kelaku 2008 Umno...depa nie akan terus buat kerja walaupun sapa datang dan pergi... Walaupun ada puak-puak duduk susun calon nie dok jalan terus agenda depa nak bagi puak depa menang dan berada dalm barisan perancangan mereka.

Tapi jika nak nampak smart balik puak-puak yang dok susun nie baik ambik lempaq masuk Sg.Pumpung supaya tak mengharu birukan susun gerak kerja di kawasan. Bila kawasan dah buat keputusan siapa calon dia makakita biarkanlah kawasan dengan calon pilihan mereka sbb mereka lebih  ariff sesuatu gerak kerja di kawasan....

Jadi pakat pakat tengok laa noo jangan rasa iri hati apa sebab nak lingkop kita jugak nanti lingkop dengan labu labunya... Negeri boleh kat orang lain kita yang dok ada semua coklat angin.... Masa tu nak susuh nak buat apa dah....

1 comment:

  1. Mohon disimpan ke dalam arkib aku, sebagai rujukan - TQ sahabatku DepaKata ... :-) MODAI BAIK PUNYA NI!

    ReplyDelete