Wednesday, November 14, 2012

Insya'Allah...Bad & Mean akan terus Kekal bersama team Kedah.

Depakata 2 ayam tambatan Kedah masih setia bersama team kesayangan mereka di Kedah. Jadi nampaknya harapan pasukan luar seperti KELANTAN & JOHOR terpaksalah berputih mata untuk mendapat ayam tambatan Kedah ini.

Antara punca mereka masih setia bersama Kedah adalah kerana kebertanggungjawaban mereka tak banyak pun sedikit disebabkan Kedah jatuh ke Liga Perdana adalah dalam musim mereka menjadi pemain dan adalah harapan mereka untuk menaikan semula Kedah ke Liga Super agar tidak dikatakan sebagai meninggalkan pasukan dikala pasukan dalam kelemasan.

Selain itu komitmen yang diberikan oleh pengurusan untuk menjadikan pasukan Kedah pada tahun ini pasukan yang mantop dengan kedatangan pemain import tempatan dan luar yg lebih meyakin kan pasukan.... dan yang paling teruja sekali adalah kedatangan semula rakan seperjuangan iaitu NELSON SAN MARTIN untuk manabur khidmat di bumi Hijau Kuning semula.

Insya'allah jika tidak ada apa-apa yang berlaku dipertengahan jalan tahun ini Kedah akan bangkit semula sebagai salah satu pasukan yang terpaksa disegani oleh kawan atau lawan.

Jadi kepada penonton semua marilah kita berikan sokongan dan harapan kepada pasukan kesayangan kita ini... biarlah sokongan kita merupakan sokongan sepanjang zaman bukannya di zaman kemenangan sahaja...


No comments:

Post a Comment