Saturday, March 2, 2013

Siapa Untung jika Ir Phahrolrozi di tendang ke "PUSAT"

oleh DepaKataV2

Kami sebenarnya ingat nak tutup buku dah bab nak sembang kedohok nie tetapi memandangkan Sehari dua nie nampaknya PAS KEDAH kembali berbunyi suam-suam kuku... antara 2 pihak utama iaitu team Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Ust Azizan Abd Razak.

Ini berpunca dari ada orang kata ura-ura sedang dilakukan operasi mencantas-mencantas untuk beri musuh sesama sendiri tidak ada dalam barisan DUN KEDAH. Cerita pertama didengar ialah ada kemungkinan Phahrolrazi akan di bawa ke PARLIMEN JERLUN dan DUN Pengkalan Kundur akan di beri muka baru.
Dari maklumat yang kami dapat budaya cantas mencantas ini memang wujud dan ada beberapa think tank yang terlibat... Berkenaan hujah hendak mengangkat Phahrolrazi ke Pusat itu bab kedua... tetapi yang pasti proses menyahkan Phahrolrazi sedang berlaku.

Dari maklumat orang dalam ada orang besar yang sedang jaga bukit Uhud sedang melobi PAS PUSAT untuk menerima cadangan senarai nama yang baru dihantar semula awal bulan lepas. Jika perkara ini benar-benar berlaku maka team mana yang akan berpuas hati sebab telah berjaya menghilangkan musuh mereka....
Oleh itu di mintak semua kembali bermuhasabah diri dan jika tak mahu ada perpecahan maka kembalikanlah nama senarai calon seperti PRU12 dan seperti yang telah di hantar sebelum ini bukannya seperti senarai nama yang baru....dan hentikanlah dok pergi lobi di PAS PUSAT kerana orang tahu kerja buat anda.....

Lihatlah luahan seorang anakmuda 
dalam youtube berkenaan hal ini...

No comments:

Post a Comment