Wednesday, October 2, 2013

Calon MUDA OK... Calon RECYCLE KO..!!

oleh Anak Muda Guaq

Hangpa kenai dak lagi aku sapa.. nie dia ANAK MUDA GUAQ... jika hangpa nak tau.. dulu masa PRU13 aku tulis sikit pandangan ciri-ciri macamna nak angkat sapa jadi calon Guaq..... [BACA SINI]

Tujuan aku tulis pulak nie apabila dok dengaq kata ada nak penaik semula CALON RECYCLE... Orang dok habaq nie berdasarkan pemerhatian orang dok berkawan dan duduk dengan rakyat di bawah tak kira umno atau PAS... Jangan dok kira orang PAS saja suka akan calon kita tu..... kita kena kaji di setiap sudut... 

Nie mai PRK N20 Sg Limau aku dengaq nak penaik CALON RECYCLE...mesyuarat berbincang tanya pandangan dan pendapat pun tak dengaq bila tup tup ada keputusan.... jawab hangpa memang nak bagi macam tu laa DUN Sg Limau tu kat UMNO BN...untuk jadi 4-0...

Calon RECYCLE nie dikatakan yang dulu pernah bertanding PARLIMEN JERAI & DUN GUAR CHEMPEDAK... Jika 2 orang nie hangpa hangtaq nama pie ke pusat untuk PAS Pusat buat pilihan nampaknya kali ini pun kirim salam laa jika hangpa nak menang semula.

BN telah bersedia dengan calon yang berkaliber dan dengaq kata mereka akan pertaruhkan calon muda dan berkaliber dan yang pasti bukannya calon RECYCLE. Antara 3 nama yang disenarai pendek ialah seorang PENSYARAH, seorang BISNESMAN & seorang PESARA semua anak jati JERAI... dan dilihat ketiga-tiga nie calon BISNESMAN akan menepati pilihan dan beliau pun merupakan calon menunggu selepas calon PRU13 BN bagi DUN Sg Limau yang dahulu kalah keada Ust Azizan.

Jik calon RECYCLE nie dipertaruhkan nampaknya PAS KEDAH memang mencari nahas kerana mereka-mereka ini terbukti sudah ditolak akan kehadiran mereka di bumi Jerai ini terutama Sg Limau. Kita harus sedar pengundi Sg Limau merupakan pengundi adik beradik, anak saudara, pak menakan, mak menakan dan sepupu sepapat... faktor keluarga amak kuat disini... dan tidak mustahillah sewaktu PRU13 tempohari Ust Azizan bertembung dengan sepupunya sendiri.

Jadi jika boleh kita nak seorang calon yang track rekodnya disukai oleh semua golongan dan lapangan.. bukannya hanya orang PAS saja yang suka... tapi orang UMNO camna.. orang ATAS PAGAQ camna..?

Dan kita jangan lupa akan calon BEBAS yang bertembung dengan Ust Azizan disini.. iaitu LAH 46. Beliau merupakan proxy Hj Najib Pondok Pak Ya yang mana telah ada satu tembok pemisah yang telah lama terbina antara mereka dengan Ust Azizan merangkap juga PAS Jerai. Kempen mereka yang mereka jalankan masa PRU13 tempohari sedikit sebanyak telah mengakibatkan undi PAS beralih arah ke pada BN walaupun depa hilang deposit. Tak mustahil kali ini mereka akan bergerak semula untuk menyumbang sokongan kepada UMNO BN.

Jadi buatlah pilihan yang bijak... ramai lagi calon-calon muda yang bertokoh ada di Jerai nie... Ust Azizan telah pergi namun beliau pergi bukan meninggalkan macam itu sahaja... ramai pelapis yang ditinggalkannya.... Sdr Muzaini ada, Ust Muaz ada, Mizi Abi Ahmadi ada dan ramai lagi yang adanya.. jadi buatlah pilihan yang bijak...

No comments:

Post a Comment