Sunday, March 18, 2012

Azizan berjiwa Besar....tidak seperti Anak Buahnya...!!!

oleh DepaKata.co.cc

Alhamdulillah hari ini sekali lagi depa dok kata yang kita dapat melihat jiwa yang besar seorang manusia bernama Azizan Razak atas keterbukaan hati beliau menerima 2 exco sebagai timb. pesuruhan jaya 1 & 2 selepas mesyuarat bulanan berlangsung siang tadi walaupun ada usul supaya mereka berdua dilucutkan jawatan sebagai TPJ.

Sebelum ini sewaktu keputusan PAS PUSAT dikeluarkan supaya MB Kedah patut melantik kembali 2 Exco tersebut beliau tetap patuh walaupun hakikatnya jika dilihat 2 Exco tersebut tidak bersetuju dengan corak pemerintahan beliau yang mana dikatakan membuat keputusan tanpa secara berjemaah.

Yang ralat dan musykilnya sekarang kenapa ada pihak yang cuba melaga-laga MB dengan 2 Exco ini walaupun keputusan telah dibuat oleh PAS PUSAT yang mana kedua belah pihak dapat menerima dengan penuh keikhlasan namun ada pihak lain pula yang kepanasan.

Dari apa yang depa dok kata pihak ini bukannya dari Tingkat 4 tetapi mereka merupakan satu UNIT TINDAKAN KHAS yang mana cuba menyahkan dan memburukkan 2 Exco ini. Mereka sanggup turun kebawah untuk menabur paku supaya persepsi buruk terserlah pada 2 Exco ini.. sedangkan apa yang kita lihat TINDAKAN KAMIKAZE 2 Exco ini bukannya dibuat atas batang tubuh mereka sendiri tetapi keputusan mesyuarat PAS Kawasan dan mereka juga tidak mendedahkan keburukan yang dikatakan itu kepada Media Utama tetapi melepaskan segala ketidakpuasan hati itu kepada 'BAPA' yang berada di PUSAT...

UNIT ini pada dasarnya dilihat seperti think tank MB namun jika diteliti betul-betul apa motif dan matlamat mereka pun kita tak tahu..hendak kata mahu mengukuhkan PAS KEDAH tidaklah pula... nak bagi KELAM KABUT adalah lagi...dimana proses melagakan ORANG AZIZAN dan ORANG PHAKROL giat di jalankan...

Jika berdasarkan dari apa depa kata UNIT ini mula-mula mereka menggunakan medium online dengan memberikan komen-komen memburukan 2 Exco serta mewujudkan page facebook seperti "SELAMATKAN KEDAH NEGERIKU"...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2dRDOch8hjso1yWXPNJf-WuyaHlY8WaBi67TYyic6CvYjs0h8Riux46V74a6UievzWoAwCj-ATUTxxFGOYivjTckL2557uaEsh9F5nEn-8BWR79VwPJd4ieB7X1-suRYr8cVASjiCHttH/s1600/2012-02-26_001334.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhocutIoqqIRdwd-gA24YsBuSswa_n-cHLBKJ0GxTkLUIsuKr17Xpub3MiiTwmj2HQ-xzlNXJnn5WuGGlvD-exDtXa4aIwHieeA5gRxObdFh11ihF_hgUHeJZJ8oV1kEoCNvT92Ynk7X_Tu/s1600/2012-02-26_001739.jpg

Selepas medium facebook golongan ini turun pula kebawah dengan menghantar proksi-proksi untuk bertemu dengan pihak-pihak di kawasan seperti perjumpaan dengan MKK & Ketua cawangan di Jerai serta perjumpaan dengan AJK-AJK di Kawasan Baling... target mereka untuk mengeluarkan usul di mesyuarat negeri untuk menolak dua TPJ ini..dan bila mesyuarat negeri semalam maka keluarlah usul ini dan di sokong oleh beberapa pihak yang bersekongkol dengan golongan ini....

Namun disini kita lihat betapa besarnya JIWA MB KITA.. beliau menolak akan USUL tersebut dan mengekalkan kedua orang TPJ beliau.

Nampaknya usaha UNIT ini hendak mengkais 2 TPJ ini telah gagal dan sudah semestinya selepas ini mereka akan SPIN pula bahawa MB KEDAH berjiwa besar seperti yang dikatakan oleh kami ini....

Akhir kalam kami berdoa semoga segala kerja buat yang tidak elok ini dipalingkan ke muka mereka semula sesungguhnya perjuangan dalam PAS ini jika ada sekelumit dalam hati untuk menyimpang walaupun manusia sekeliling tidak tahu.. ianya akan di balas jua oleh Allah swt.. yang nyata ianya lambat atau cepat sahaja...itu terletak pada kuasa Allah....

Jangan ingat kita HEBAT sedangkan ALLAH swt itu lagi HEBAT dari kita.... jadi sudah-sudah laa MB dan 2 Exco berlapang dada boleh terima semua keputusan.... maka marilah kita semua pun berlapang dada seperti mereka.. musuh kita ialah rejim BN UMNO bukannya rakan taulan disekeliling kita....

Ayuhhh sahabat-sahabat ku semua.....

1 comment:

  1. apa cerita kes kata dua yang di bagi kat IR Amiruddin tu???? nampalk sangat poahrorazi ni pendendam sampai Amiruddin pun dia tak bagi angkat sumpah jadi exco... memang la iotu keputusan PAS Kuala kedah.. tapi dia kan YDP Kuala kedah... keputusan tu keputusan dia.. yg lain setuju je... and dia boleh biar IR Amiruddin angkat sumpah demi perpaduan PAS Kedah.. tapi yang dia pi bagi kata dua tu apa ke jadah dia???? Patut Pahrorazi ni dihadap ke JK displin parti macam hassan ali tu...

    ReplyDelete