Wednesday, March 21, 2012

Hangpa Semua depakata 2X5 jaa... Bukannya nak bagi Elok...!!!

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.7632.1322108379!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Cn Al-Afghani · Kedah

Akhi Azam, tak suka Fakhrulrazi buat kenyataan media, yg you cakap sekarang dalam apa, bukan media ka? Jgn anggap org lain tak tau yg pemuda ni org MB, apa pun nak kena petahan MB, bukan nak cari kebenaran. Kalau macam nilah sikap pemuda sebagai sayap kanan parti, bila isu begini boleh selesai.

Siapa Ahmad Yahya yg cadang Fakhrul n Dr Ismail letak jawatan? Ingat la sikit, Fakrurazi tu ikut keputusan Pas Kawasan, kenapa pula dia disalahkan. Akhi Azam, kerja anta banyak la tak selesai di penerangan tu, jgn tambah selut dlm air yg telah pun keruh.

Keratan Sinar :

Dakwaan Phahrolrazi tidak berasas
ROSLINDA HASHIM
20 Mac 2012
 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi

ALOR SETAR - Dakwaan wujud pihak ketiga mendesak jawatan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah yang disandang Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dilucutkan, adalah tidak berasas.

 Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, apa yang dibangkitkan oleh Phahrolrazi adalah suatu andaian semata-mata, tanpa merujuk kepada fakta sebenar.

 "Tuduhan beliau itu juga seolah merendahkan kewibawaan dua buah Dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang mengemukakan usul dan menyokongnya, termasuk pendirian daripada beberapa Pas kawasan yang menilai krisis ini," katanya.

 Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan terhadap Pemuda Pas Negeri Kedah konon diperalatkan pihak tertentu untuk merampas kedudukan beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya I adalah suatu kenyataan yang ego dan keterlaluan.

"Tidak ada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin Pas Kedah kini mahu rebut jawatan beliau seperti didakwanya. Jangan anggap orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku. Kami harap selepas beliau dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I, beliau perlu buktikan kenyataannya yang bersedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya," katanya.


Mohd Azam berkata, Phahrolrazi juga diminta supaya tidak lagi membuat spekulasi melalui media seolah-olah ahli dan pimpinan Pas lain tidak tahu situasi sebenar.


"Kami sentiasa mengharapkan kepimpinan bersatu dan saling membantu mengukuhkan parti, bukan sebaliknya. Mana-mana pemimpin atau pihak yang tidak dapat bekerjasama dengan Pesuruhjaya adalah dinasihatkan menarik diri secara terhormat," katanya.


Menurutnya, Pemuda Pas Alor Setar menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung usul yang dikemukakan oleh Pemuda Pas Negeri dalam mesyuarat perhubungan, Sabtu lalu.

"Kami juga menyokong tindakan Pemuda Pas Negeri yang bertegas dalam isu menyusun semula barisan Badan Perhubungan yang mantap untuk menghadapi PRU13 dan Muslimat Pas turut menyokong usul itu," katanya.

Difahamkan hampir semua Pas kawasan turut menyokong usul berkenaan yang bertegas mahu melihat Pas Kedah bersatu-padu menghadapi PRU13.


 Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya ketika dihubungi, bagaimana pun enggan mengulas lanjut dan mengambil sikap berdiam diri, difahamkan bagi mengelak situasi menjadi lebih tegang.

 Kelmarin, Phahrolrazi mendakwa ada pihak dalaman mahu beliau disingkirkan daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya I dengan menuduhnya sebagai khianati parti, dan menyifatkan pihak berkenaan mempunyai agenda tertentu apabila mengusulkan supaya beliau dan Timbalan Pesuruhjaya II, Dr Ismail Salleh dilucutkan jawatan.

 Krisis ini mula berlarutan selepas kedua-dua pemimpin itu yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri menolak untuk dilantik semula jawatan pada 28 Februari lalu. [Sinar harian]


 
 

No comments:

Post a Comment