Monday, July 16, 2012

Mana PEMANDU... Mana JAWATANKUASA DISIPLIN...tak teringin jengok kami kat Kedah nie kaa..???

oleh depakata.co.cc

Seribu kali Sayang....

Sangkakukan Kemati...

Cerita Kasih Kita...

Rupanya Seketika...

 

Aduhai... Tak Sanggup dah aih dengaq kelaku kelaka yang berlaku di Kedah sekarang n.... Mula-mula mai isu AUKU KUIN senyap pie mai isu PUSAT HIBURAN...lepas tu tak selesai isu pusat hiburan mai pulak isu KUIN semula dimana staff dia komplein suruh pecat reaktor....tak habis isu KUIN mai pulak isu Azizan nak ambik OSA kat ketua pembangkang Kedah yang baru iaitu Ketua Pemuda Gerakan....

Ingatkan dah tak ada isu...tetiba mai pulak isu PKNK beli saham FELDA.... aduhai MB kesayanganKu AZIZAN ABD RAZAK.... Awat la hang nie selalu berlawan arus dengan apa yang di bawa oleh Parti di Pusat sana... Adakah hang nie wakil parti BEBAS kot boleh buat ikut suka tanpa ada nak ikut garis panduan yang telah di bawa oleh pimpinan atasan kita....

Jika semua nak ikut kepala hang letih laaa... Jika ikut tu kapal bergerak maju kedepan tak apalah juga.... ini taknya dah dilihat macam nak karam dah nie.... awat la jadi lagu nie pon tak tau laa... patut la puak musuh dok diam membisu jaa...tambahan lagi UMNO tengok macam ada satu perkara hg pegang aku punya....aku pegang hang punya.....tu yg pakat dok sunyi sepi...

Tapi dalam masa dok diam musuh hantaq mai manusia berkulit NGO untuk lepas peluru taboq bagi kita menjawab....dan peluru taboq tu seakan macam terkena ja atas batang hidung kita....

Entah laa...Masa awai-awai dulu dilihat hangpa bukan main kemaih dan bergaya memacu negeri Kedah Sejahtera nie tapi bila mai dipenghujung tengok macam nak kona kot lainlah pulak..... macam nak serah bulat-bulat macam tu sahaja kepada pihak lawan....

Awat hangpa semua dah boring mentadbir negeri Kedah nie dah kaa... tak pun hangpa semua dah mula pelahap macam puak BN juga....dalam ertikata dah jadi sifir 2X5 dah nie.... sampai kekadang menjawab persoalan tu macam hangpa saja yang tahu semua.... orang lain tak tau apa dan bodo piang...

Cuba tengok isu terkini bab saham felda....tak pasai-pasai kita semua jadi panas pungkoq kena perli dan kenen dengan musuh sebab mulut kata tak mau tapi tangan dok huluq ambik....dah jadi kelaku hebiaq dah.... dan boleh jawab lepas tangan yg PKNK beli tanpa pengetahuan PENGERUSI merangkap MB....... 

habih apa tugas PENGERUSI...cuma duduk atas KERUSI jaa lepas tu nganga buka mulut bagi lalat masuk.... lepas tu biaq kakitangan bawahan lumoq selut kat muka PENGERUSI....Jika dah tau kakitangan tu Jebon nak pelingkop dasar Kerajaan Negeri ambik la tindakan... dok keras jadi batu buat apa... depakata cengei tapi bila dilihat cenge apa kejadahnya macam nie....macam kena cucuk hidung ada laa lagi....

Nah sekarang semua jadi pening dengan kelaku hangpa kat wisma darulaman menguruskan negeri....

Jadi nak tanya lah jika kami disini pening dah dengan kelaku Azizan dimanakah pula PEMANDU yang ditubuhkan untuk memantau Kerajaan Negeri Kedah nie... dan juga JAWATANKUASA DISIPLIN parti... tak teliouq ka dengan kelaku-kelaku yang ugut musuh dengan akta OSA, sokong AUKU, PUSAT TAK BOLEH CAMPURTANGAN, beli saham FGV... ini semua bercanggah dengan dasar dan polisi kita dalam parti...

hangpa tak teliouq ka atau hangpa takut kat Azizan seperimana macam Mahfuz yang nak bela benda songsang tuuu......

No comments:

Post a Comment