Wednesday, July 11, 2012

Rupa-rupanya "ISU CAWAN KOPI" belum tamat di Kedah..!!!

Oleh depakata.co.cc

Depa dok kata sekarang ini bahawa rupa2nya gerakan hendak menjatuhkan Pharolrozi tetap berjalan walaupun Jawatan Kuasa PEMANDU telah di tubuhkan untuk plan damai sewaktu krisis beberapa bulan lepas....

kali ini beliau di katakan sebagai punca pusat-pusat hiburan yang tumbuh bercambah di kawasan dalam negeri Kedah ini. Bukti yang di tunjukan adalah satu tandatangan atas sekeping surat permohonan untuk buka Pusat Rawatan Urut dimana pemilik tersebut telah datang menemui beliau dengan sepucuk surat dengan syarat-syarat yang dipatuhi untuk membuka pusat rawatan tersebut.

Semasa berjumpa exco pemilik tersebut telah menunjukkan surat serta peraturan-peraturan yang telah di patuhi oleh mereka. Bila dilihat semua peraturan dipatuhi maka beliau dengan sedikit tandatangan di bawah sambil menulis sedikit untuk tidak menghampakan pemilik tersebut dengan ayat " SILA BANTU PERMOHONAN "... [KLIK SINI]

Dengan ayat tersebut maka disini dapat kita lihat bahawa surat permohonan tersebut belum diluluskan lagi sebab ianya kena dibawa ke dalam mesyuarat jadi dalam mesyuarat perkara ini akan diteliti lagi....

Mesyuarat yg dimaksudkan mungkin mesy kjaan tempatan (mesy jk perlesenan) di mana akan terlibat adalah ahli2 majlis dan jabatan-jabatan yg berkaitan , dan sekiranya mesy jk perlesenan meluluskannya sepatutnya dimaklumkan kpd exco terbabit sebelum lesen dikeluarkan... dlm perkara sensitif mcm ni, sepatutnya exco akan membawa naik ke mesy mingguan exco yg dipengerusikan oleh MB..

Adakah ini salah EXCO PBT juga....apabila diluluskan atas kriteria PUSAT RAWATAN ia tidak menjadi masalah... namun apabila ia dah salah merawat maka disini telah menjadi kewajipan PBT untuk mengambil tindakan....

Maka disini dilihat kelompongan dalam perkara ini... mana dia penguatkuasaan...kenapa tidak dilakukan....disini pihak berkuasa spt POLIS, KERAJAAN TEMPATAN serta MAJLIS AGAMA kena pantas bertindak... tetapi tidak... adakah ini pun salah EXCO....

jadi disini dilihat sekarang ini bukanlah matlamat nak dedahkan pusat hiburan tersebut tetapi ianya dilihat ada agenda tersembunyi untuk memburukan satu sama lain dalam jemaah.... nampaknya disini sekarang telah ada musang berbulu ayam dalam PAS KEDAH.... mereka telah ada agenda tersembunyi dan bukannya hendak meletakkan matlamat amal makruf nahil mungkar.....


No comments:

Post a Comment