Saturday, April 13, 2013

Betulkah PAS Kedah & Kelantan ada TANGAN AJAIB mengatur calon..????

Oleh Depakata

Dari apa yang depa dok kata mampos lagu nie jika dok tengoknya.. dari maklumat yang diperolehi dua negeri ini sedang PANAS dengan kelaku TANGAN-TANGAN AJAIB sedang berlaku...

Jika macam nielah kelaku PAS tak mustahil ALLAH akan tarik semula kemenangan yang telah dianugerahkan.... Jangan ingat kami tak tau kelaku hangpa... dalam ramai-ramai kerja buat hangpa tu ada lagi yang masih sayang dan kasih kepada parti serta menolak kelaku kelaku huduh nie... merakalah yang dak habaq mai kat kami....

Kami nak ambik KEDAH sebab dok tengok ada beberapa kawasan yang cempera berlaku...dimana yang panasnya ada pihak tak ambik keputusan UNDI UPU untuk diangkat calon dan diganti dengan calon pilihan mereka... dan calon pilihan tersebut merupakan suku sakat mereka sendiri...

Contoh paling ketara di di ALOR MENGKUDU & GUAR CHEMPEDAK... dari maklumat kami dapat di Alor Mengkudu Dr Ismail dah terpelanting kali ini... beliau dah tak lekat dah jadi calon.. sedangkan UPU angkat nama beliau untuk kekal berdasarkan performence kerja buat dia serta penerimaan orang UMNO sendiri kepada beliau.. namun beliau dan terpelanting.... Berdasarkan dari kajian dan makluman Jika naik yang lain maka undi UMNO tu kompom dah lari dah dan orang kita yang merajuk lipat bendera itu pun akan hilang jugak....

Begitu juga di GUAR CHEMPEDAK dimana calon pilihan ialah AHLI MAJLIS MPSP iaitu saudara Muzaini Azizan namun yang naiknya MUSODAQ adik  Nakhaie Ahmad... ini pun pilihan akar umbi berdasarkan kerja buat beliau semasa menjadi AHLI MAJLIS dahulu yang mana sudah rapat dengan rakyat disekeliling... tapi bila nama adik Nakhaie naik kerja buat orang bawah kena mula dari zero semula....

Untuk makluman dua-dua DUN nie merupakan DUN boleh menang tapi jika masih wujud kelaku tak elok nie tidak mustahil dua-dua DUN nie boleh jatuh ketangan UMNO BN.

Masalah paling besaq dengan apa yang berlaku sekarang nie tidak ada mesyuarat yang dilakukan baik dengan UPU atau MTD atau PERHUBUNGAN NEGERI.. main ikut suka kepala hangpa saja nak susun calon.... Ingat buat mesyuarat buat catitan minit mesyuarat elok-elok siapa pilih siapa siapa nak angkat siapa...dah dekat dengan penamaan calon dha nie tapi jika dok main kelaku huduh nie mau lingkop parti... biaqlah yang lingkop hangpa sahja kami rakyat nak kemenangan yang hakiki...

Jadi jika ada tangan-tangan ajaib nie baiklah hangpa hentikan dan kembalilah kepada susur jalur urusan pemilihan calon yang telah lama kita pakai dan guna dahulu... kembalilah kepada rakyat dibawah mereka nak angkat siapa sebab yang nak undi mereka.... .jadi fikirkanlah elok-elok.... sebelum nasik jatuh dalam keleboq..!!!

No comments:

Post a Comment