Tuesday, April 16, 2013

Depa kata ada kawasan DUN PAS yang panas bab calon dan boleh tumbang...!

Semalam kami turun makan kenduri di Aloq Mengkudu sana... Bila masuk kawasan yang dok kata Bekas YB lama tak tercalon maka kita pun cuba la try sembang dengan orang-orang kuat kot tuuuu....

Dari apa yang depa habaq lanie gerak kerja kawasan Aloq Mengkudu dah jadi ceroi...semua nie punca sebab dengaq kata Dr.Ismail tak lekat semula jadi calon...punca tak lekat depa tak kesah tapi depa dok pikiaq untuk pertahankan kemenangan kerana kawasan ini masih lagi bercampur adur pemikiran pengundinya....

Masih banyak lagi undi diberikan kepada Dr.Ismail atas dasar perhubungan kemanusian yang telah lama dibina atas nama doktor dan pesakit....ini yg masih menebal dalam pengundi dikawasan ini.....

Bila dok sembang tu try tanya camna gerak kerja upu situ..depa kata lanie masih banyak yang tak buka sebab masih dok makan hati akan perkara ini....

Masuk kawasan dun lain yang dok keluaq masa sembang tu ialah Ayaq Hitam & Guar Chempedak.... Dikawasan ini tak mustahil boleh tumbang jugak....

Dan kawasan yang dok jadi nie dengaq kata ada masalah calon dimana ada tangan ajaib sedang dok mencorakkannya.. Depa nie ibarat piak yang dok main chess dan menyusun tentera tentera perang mereka tanpa mempedulikan pandangan tentera dibawah....

Jadi pakat pakat pikiaq bg elok laa no....

No comments:

Post a Comment