Wednesday, March 21, 2012

Apa yang terbuku di hati....

Oleh Depakata.Co.cc

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh41zDm2W90xHGVSe4-ZLk8blbfCZG0DYmZiMz0l4KdsJ5-ltLFXbW5By4XrmffNw6pcSa-A0-T-7xOC7lFqtf8KCNcMVj2nt-yW30cT1M1pNdl2jLHOehwLcUMaYjPMeUJsVYaiz15ZdDE/s1600/PeaceNotWar3-white.gif
Ini antara komen kami dengan sahabat bancuh@KembaraMinda... kami na simpan sebagai khazanah diskusi dengan beliau.... jadi sahabat semua boleh juga tumpang membacanya....

  1. Aduhai tak sangka pulak ada sahabat nak bagi respon pasal artikal kami... sebelum apa-apa nak ucap terima kasihlah kerana bagi respon... tapi yang ralat sikit mai kot mana pulak masuk Hizbah Kedah tu.. So far kami tak sentuh pun bab facebook Hizbah Kedah tuu.. pada kami facebook Hizbah Kedah tu ibarat sampah seperti facebook Selamatkan Kedah Negeriku..... malas nak hurai bab 2 akaun facebook tersebut... dan bab UTK tu kami maksudkan ialah ada satu kelompok yang tak puas hati dengan 2 exco ini dan cuba hendak menjatuhkan mereka dengan membelakangkan keputusan pimpinan pusat....

    Mesej utama kami ialah nak sampaikan apa yang depa dok kata diluaq sana iaitu kenapakah ada kelompok yang tak suka TPJ 1/2 dan kelompok itu terserlah bila dalam mesyuarat ianya diusulkan oleh PEMUDA PAS. Kami tahu usul nie dilakukan oleh PEMUDA PAS pun dari Sinar Harian Semalam [Klik Sini - http://www.sinarharian.com.my/politik/tiada-rombakan-pas-kedah-1.33133] tak ada orang dalam mesyuarat yg pecahkan rahsia usul siapa pun...jadi ini yg dipersoalkan? kenapakah PEMUDA PAS tidak berjiwa besar seperti MB dan 2 Exco tersebut itu sahaja.... Keputusan dah keluar... pimpinan pusat sudah buat keputusan habis kenapakah PEMUDA PAS masih cuba hendak mengerohkan lagi keadaan..kenapa..??

    Oklah sahabat kami akan 'bancuh' semoga penjelasan ini dapat diterima... matlamat kita sebenarnya sama iaitu kita masih inginkan lagi Kedah di tadbir oleh PR jadi sasaran kita bukannya PEMUDA..bukannya Kerajaan Negeri, Bukannya MB dan bukannya 2 Exco tersebut.... sasaran kita ialah BN/UMNO sana..itulah target point kita....

    Balas
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    2. sbb tak sentuh facebook Hizbah Kedah tu lah yg aku bancuh tu. kalau nk tembak, biar tembak semua. biar adil sbb dua2 mmg sampah..tp apa sbb hanya highlight sampah yg wujud dari sampah pertama...itu isunya…sampah SKN wujud hanya selepas, tp sampah HK wujud sebelum…apa sebab hangpa tak menyalahkan HK dan kumpulannya yg sejak dari awal mewujudkan propaganda utk menjatuhkan Ust Azizan, tetapi hangpa amat terkesan dgn SKN yg diwujudkan bagi mempertahankan Ust Azizan…..malah SKN tidak langsung boleh dikaitkan dgn gerakan nk menjatuhkan TPJ 1 & 2 sbb tidak ada langsung posting atau ayat dalamnya ke arah itu…..

      bab usul yg dibawa tu tak perlu nk dijadikan isu sbb ianya adalah satu usul yg biasa yg tidak melanggar aqidah, syarak ataupun perlembagaan parti. disebabkan ada orang2 di luar kata jugak lah, usul itu dibawa ke dalam mesyuarat supaya semua orang dapat tahu apa pendirian Badan Perhubungan....kalau tak dibawa ke dalam mesyuarat, lagi lah tak selesai sbb masih ada manusia di luar sana dok tak puas hati. bila dah diusulkan dalam mesyuarat, dan diputuskan 'usul ditolak', automatiknya tertutuplah mulut org yg nk kedua2 depa tu digugurkan dari jawatan.....

      dan sesuatu yg hangpa semua kena paham iaitu keputusan PAS Pusat dibuat hanya terhadap 'isu perlantikan EXCO'….TIDAK langsung menyentuh mengenai isu kedudukan TPJ… jawatan exco adalah perjawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri, manakala TPJ adalah jawatan dalam parti. Walaupun orang yg sama, tp kena tau duduknya tang mana…. Lain lah kalau ada usul suruh semua ahli PAS tak payah bersolat….itu barulah usul yg TOTALLY WRONG!!!!

      aku mengikuti rapat isu ini yg telah dimainkan sejak sblm mesyuarat lagi dah dilaporkan 'kemungkinan' ada usul tersebut. itu sebenarnya andaian2 yg dimainkan oleh media dan pemerhati politik...yg paper sinar tu keluarkan adalah statement PJ yg mmg jadi tugas dia utk keluarkan sebarang statement. malah itu keluar selepas ditanya oleh pemberita yg dah dapat menghidu usul tersebut.... kalau nk tau lagi, mesyuarat baru saja berlangsung selama 1 jam, sudah keluar cerita ini difacebook...siapa yg keluarkan??? Wallahua'lam…yg pastinya bukan PJ yg tak reti main komputer dan pastinya juga bukan kedua2 TPJ sebb depa tak hadir mesyuarat…. Tapi pada hari yg sama jugak (18/3/2012), keluar dalam Berita Harian statement Phahrol….so, nk kira mcm mana pulak?

  2. jadi siapa yag keluarkan keputusan mesyuarat.... itu kami kata ada UTK.. dan mengikut sumber depa nie berada dikeliling kelalang MB.... dan mereka orang yg dekat dalam mesyuarat tersebut... kami disini sekadar dapat info "depakata" sahaja... dan kronologi tersebut kami follow satu persatu... cuba lihat balik malam mesyuarat di mentalon... kenapa ada keputusan bocor dari blog kedahla.....

    dan anda sendiri kena tahu kedahla siapa punya....? dan sebelum mesyuarat anda kata berkemungkinan ada usul dan mainan media... kami hendak maklumkan sebelum mesyuarat sudah ada gerakan turun kebawah untuk buat penerangan untuk menolak du TPJ ini dgn mencetuskan isu mereka berdua lawan MB, mereka gila kuasa, pharol nak jadi MB... maklumat ini sampai ke email kami....

    antara kwsn yg ada taklimat berkenaan perkara ini ialah di baling dan jerai... mereka panggil MKK serta KETUA CAWANGAN dan bila datang mesyuarat ada yg sudah pecah maklumat awal guna nama 'sumber' yg usul nak pecat dua TPJ keluar berita harian...hari yg sama mesyuarat....dan esoknya pharol jawab...dia ucapkan terima kasih kpd MB kerana berjiwa besar sebab terima lagi mereka berdua sbg TPJ... dan beliau mengatakan mungkin Pemuda tidak faham dan mungkin ada orang luar disebalik pemuda utk memahami akan isu sebenar kenapa mereka berselisih pendapat dalam urusan pentadbiran dan beliau jemput pemuda bersemuka...

    ini yg ditekankan skrg kenapa masih ada USUL SEBEGITU.... kita sedang dalam mara kedepan nak berperang tetiba ada halangan so far panglima dah datang seattle akan halangan tersebut... namun ketua batalion berkuda tak mau ikut pulak...haru laa lagu nie....

    Jadi skrg adakah UTK itu wujud? Siapa yg bocorkan raksia mesyuarat? Siapa tak patuh arahan siapa?

    Jom lawan UMNO/BN......

    Balas
    Balasan
    1. sesiapa saja yg membocorkan isi mesyuarat tanpa izin atau kuasa dgn hak, itulah manusia yg tak amanah....

      mengenai gerakan dibuat utk usul itu, bagi aku ianya tersangat lah mudah utk difahami...sebarang usul utk dibawa, perlu lah mendapat pandangan dan sokongan... tp masa pihak terbabit dok kempen nk jatuhkan merata dan dok canang keburukan Ust Azizan, xdak pulak hangpa nk pertahankan..... adil nya dok tang mana? siapa yg mulakan semua ni?

      inilah sejak dari awal lagi, aku dah katakan 'kesan' dari satu perbuatan....sebelum nk buat apa pun, kena fikirkan kesan yg bakal timbul akibat dari satu perbuatan....semua usul ini atau sebagainya adalah timbul akibat dari perbuatan satu pihak...

      aku sama sekali tidak menyokong mana2...cuma aku melihat dari sudut keadilan kpd semua pihak. kalau nk kata satu pihak salah, maka jgn tutup kesalahan awal yg ditimbulkan oleh lagi satu pihak yg menjadi punca.....

      kalau semua pakat paham asas dan berdiri teguh atas kebenaran...tak ada benda yg patut dipolemikkan dan tak ada benda yg nk ditakutkan.... usul di bawa dan telah pun ditolak. asasnya iaitu usul tu tak menyalahi peraturan mesyuarat dan tidak salah pada perlembagaan parti...apa nk bising lagi? dan usul tersebut ditolak, dan orang yg bawa usul patut kena diam...dan mmg pun depa diam...patutnya depa dok cempera sbb usul ditolak...tapi dak...orang lain dok cempera pasai apa?

      bab UTK tu, aku tak tau samada wujud atau tidak. xdak kena mengena dgn aku. yg membocorkan rahsia mesyuarat sudah tentu orang yg duduk dalam mesyuarat yg ada akses ke luar...yg hadir mesyuarat Perhubungan juga termasuklah Setiausaha Kawasan.. kalau semua yg hadir mesyuarat adalah 'keliling kelalang MB'...dah tentu usul tersebut diterima sebulat suara....

      pasai mesyuarat di mentaloon tu, aku pun tak pasti....aku yg xdak kena mengena pun, sampai jam 2 pagi masih ada orang telefon tanya... dalam satu blog (aku tak ingat) pun siap tulis konon "keputusan" sedangkan meeting pun belum abis....

      dan kalau jawapan perselisihan dalam urusan pentadbiran, mengapa perlu sampai libatkan parti? contoh si A dan B sebagai rakan kongsi perniagaan...mengapa si A perlu libatkan habis semua ahli keluarga dia hanya kerana dia tak puas hati terhadap B atas urusan perniagaan? kan lebih baik, sorang2 dia ambik tindakan tanpa perlu meriuhkan keadaan....

  3. itu kami katakan tadi...cuba tgk kronologi isu nie...jika phakrol salah kenapa PAS PUSAT tidak ambil tindakan...selepas sessi soal jawab antara 2 belah pihak baru PAS PUSAT buat keputusan suruh depa 2 tu terima balik 2 exco dan satu unit pemantau nama PEMANDU di tubuhkan... disini kita boleh lihat kedua-dua belah pihak ada betul ada salahnya jika sebelah pihak betul dan sebelah pihak salah maka tindakan sudah boleh diambil keatas pihak yg salah tu......

    isu apa yg mereka soal jawabkan sampai sekarang kita tak tahu....yg kita dok dengaq kata azizan cengei, azizan tak dengaq kata jemaah, azizan bagi projek direct nego kpd umno, phakrol gila jadi MB la, dr ismail nak racun MB, phakrol beli rumah guna duit rasuah.. semua nie semua cakap belakang sahaja tetapi sebenarnya kita tak tahu mana betul mana salah....kira apa yg depa bincang dan londehkan dalam mesyuarat tu tidak ada siapa yg tahu melainkan manusia yang ada dalam mesyuarat itu sahaja....

    disini kami lihat tindakan 2 exco tersebut mengadu masalah kepada PAS PUSAT kira tindakan yg betul..biar PUSAT yang ambil tindakan serta buat keputusan...dan skrg mereka duduk menjaja kata guna media TV3 dan RTM dedah semua itu tapi dilihat dia tak dedah apa pun key point kenapa mereka bertelagah dalam urusan pentadbiran... yg dia nyatakan mereka menolak jawatan exco...itu sahaja...

    masalah skrg selepas PAS PUSAT buat keputusan dan orang semua dah terima keputusan yang dikeluarkan kenapa ada pula golongan keluar usul nak tolak mereka jadi TPJ pula... sabar lah sebentar... skrg bukan masa nak menuding jari hang aku... sekarang waktu bertenang dan menghalakan muncung meriam kepada UMNO... tetiba ada pula usul nak lucut mereka oleh Pemuda.. sabar sebentar tunggu musim bila ada pemilihan nanti sewaktu itu kasi jatuh sahaja mana yang tak suka...

    Andai kata MB terima usul tersebut maka sudah pasti akan ada episod baru pula... benda yg itu kita tak mahu...musuh sedang memerhati gerak kerja kita... jarum sedang dicucuk sana sini.. jika ada pemimpin diatas tidak pandai mengolah rentak tari... sekadar ikut nafsu...kita di bawah nie nak habaq macam mana pun tak tahulah lagi...

    nasib baik MB BERJIWA besar dia tolak.. namun skrg hati antara pemuda dan TPJ sudah ada terguris.. benda nie yg kita tak mahu... kita nak semua bersatu dan sama-sama menghala muncung meriam kepada UMNO/BN dengan tak ada rasa dendam hang aku...

    Ini yang kami tidak sukakan akan tindakan pemuda...tidak kiralah jawatan itu hanya dalam parti...

    OKlah sahabat rasanya itu penjelasan yang kami maksudkan...tidak ada sekelumit pun nak perjatuhkan sapa cuma nak sampaikan apa yang depa dok kata diluar sana..

    janji kita huru harakan UMNO/BN sampai ranap....

1 comment:

  1. pemilihan tahun depan.. puak puak erdogan dalam pas pusat akan terpelanting kerana isu ni...

    ReplyDelete